JMS 2023 - Nissan Hyper Adventure, model konsep untuk penggemar aktiviti luar

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Satu lagi model konsep elektrik yang bakal dipamerkan di acara Japan Mobility Show 2023 pada 25 Oktober ini, Nissan Hyper Adventure telah menjadi model kedua yang didedahkan secara digital oleh Nissan Motor Co Ltd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Nissan bakal mempamerkan siri model konsep elektrik mereka yang merangkumi empat model terbaharu, di mana model konsep pertamanya iaitu Hyper Urban juga telah didedahkan secara digital baru-baru ini.

 

2

 

Berbanding Hyper Urban yang memfokuskan kepada penggunaan di bandar, Hyper Adventure direka khusus bagi golongan penggemar aktiviti luar yang mementingkan kelestarian alam sekitar.

Hadir dengan objektif yang sama seperti Hyper Urban, Hyper Adventure dilengkapi dengan teknologi V2X yang mampu membekalkan keperluan elektrik pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

 

3

 

Dikuasakan dengan bateri berkapasiti lebih besar, ia membolehkan pengguna untuk memanfaatkan fungsi tersebut bagi menghidupkan pelbagai peralatan dan peranti, termasuklah kemampuan untuk mengecas kenderaan elektrik kecil seperti jet ski.

Teknologi V2X (vehicle-to-everything) itu juga mampu menyalurkan kuasa kepada peralatan di rumah melalui ciri V2H, atau menyalurkan lebihan kuasa kepada grid komuniti kecil dengan ciri V2G.

 

3

 

Walaupun spesifikasinya tidak didedahkan secara terperinci, menurut Nissan Hyper Adventure akan dilengkapi sistem kawalan pacuan semua roda (AWD) Nissan e-4ORCE, sekaligus membolehkannya meredah kebanyakan permukaan jalan dengan mudah.

Juga hadir sebagai sebuah model konsep, rekaan digital luaran dan dalaman Hyper Adventure turut menampilkan sebuah model EV yang sememangnya futuristik dan aerodinamik dengan lebih keupayaan.

 

4

 

Bahagian dalamannya juga menawarkan ruang kargo untuk peralatan luaran seperti khemah, ski dan kayak, sementara bahagian belakang menampilkan kerusi boleh putar 180 darjah, serta anak tangga automatik yang boleh dipanjangkan dan boleh ditarik balik.

Untuk dua lagi model konsepnya, ia dijangka untuk didedahkan pada 17 dan 19 Oktober ini, di mana kesemuanya bakal membuat kemunculan pada acara Japan Mobility Show 2023.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Nissan memaklumkan X-Trail N-Trek disasarkan kepada keluarga yang sukakan cabaran dan kegiatan…
Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…