JMS 2023: Mitsubishi D:X Concept – crossover offroad PHEV, gambaran Delica generasi baharu

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Japan Mobility Show, Mitsubishi memperlihatkan sebuah model konsep crossover off-road yang agak tinggi dimensinya, dinamakan sebagai D:X Concept.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Minivan crossover dengan reka bentuk berpetak itu membawakan konsep rekaan “Maximum Space and Safety for Humans, Maximum Off-roader for Boundaryless Adventure”.

Ia secara tidak langsung memperlihatkan gambaran Delica generasi baharu, dan dalam masa yang sama menunjukkan evolusi rekaan Dynamic Shield yang menjadi pendekatan Mitsubishi selama ini.
 

DX


Ciri yang ditunjukkan termasuklah cermin depan yang agak besar, lampu projektor laser berbentuk T di bahagian hadapan, lampu belakang juga berbentuk T, jarak lega bumi yang agak tinggi diikuti dengan pemasangan tayar yang disesuaikan untuk pemanduan off-road.

Disebabkan rekaan berkotak itu, Mitsubishi D:X Concept mampu menawarkan ruang kabin yang besar untuk enam orang penumpang.
 

D5


Selain daripada penggunaan bahan premium seperti kulit tan pada panel instrumen dan tempat duduk, D:X Concept juga turut menampilkan kemasan logam alumite gray yang mampu mencipta pengalaman kabin yang mewah.

Sistem infotainmen D:X Concept ini menyokong fungsi interaktif suara AI yang mampu menawarkan informasi seperti laluan ke destinasi, keadaan cuaca serta maklumat penting untuk memastikan keselamatan dan ketenangan minda semasa memandu.
 

DX


Penglibatan Yamaha tidak terhad kepada crossover XForce, malah kepakaran syarikat itu turut digunakan di dalam menghasilkan sistem bunyi tiga dimensi D:X ini.

Tiada sebarang perincian berhubung trenkuasa yang digunakan, namun Mitsubishi mendedahkan D:X Concept menawarkan sistem pacuan semua roda 4WD S-AWC, serta sistem plug-in hybrid (PHEV) yang lebih mesra alam, selain menawarkan pemanduan EV untuk kegunaan seharian.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam dunia ini, teknologi untuk mencapai neutraliti karbon tidak terhad dengan kenderaan elektrik…
Berita Global
Berita baik, Toyota dalam satu temubual mengesahkan model tersebut bakal direalisasikan dalam…
Model Terbaharu
Namun Honda dilihat kekal teguh sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kepuasan petrolhead…