JJ - Kereta Isuzu yang pernah kita kenal!

oleh HEZERI SAMSURI|
Isuzu ialah satu jenama yang kini hanya dikenali di Malaysia dengan trak pikap D-Max, SUV Mu-X dan lori-lori perdagangan serta trak trailer besar.

Namun begitu, Isuzu sebenarnya pernah menawarkan penjualan sedan di Malaysia pada pertengahan tahun 80-an.

Isuzu JJ ialah sebuah sedan premium yang ditawarkan dalam segmen yang sama dengan Honda Accord dan Toyota Corona.

 

 

JJ ini sebenarnya lebih dikenali di luar negara sebagai Isuzu Aska dan ia adalah versi Isuzu untuk platform J oleh General Motors (GM).

Dilancarkan dalam tahun 1983, Isuzu JJ menggunakan susun atur pacuan roda hadapan dan enjin petrol 1.8L dan 2.0L (biasa dan turbo) serta enjin turbodiesel 2.0L.

 

 

Sistem transmisi ialah 5 kelajuan manual atau 3-kelajuan automatik. Di sesetengah pasaran, Isuzu menawarkan sistem transmisi semi-automatik NAVi5 (New Advanced Vehicle with Intelligence 5-speed) untuk varian 2.0L bukan turbo.

NAVi5 sebenarnya ialah sistem transmisi semi-automatik yang sama digunakan oleh Alfa Romeo, cuma Alfa menggelarkan ia Selespeed (GM turut bekerjasama dengan Alfa Romeo pada ketika itu).

 

 

Dalam tahun 1985, Isuzu menghasilkan satu varian JJ dengan penala kenderaan popular Jerman, Irmscher. Sehingga kini, Isuzu Aska (JJ) Irmscher 2.0L Turbo diburu kerana mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

Kembali di Malaysia, Isuzu JJ tidak begitu popular kerana ia tidak mampu bersaing dengan jenama-jenama popular yang lain.

Isuzu JJ diberhentikan penjualannya secara rasmi di seluruh dunia pada bulan Mac, 1989.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai perspektif, jarak itu ibarat 14 kali mengelilingi bumi (40,070 km) atau pergi ke bulan…
Berita Domestik
Bertemakan "The Bigger, The Better", ia amat bersesuaian dengan imej yang ditampilkan oleh Isuzu D-…
Berita Global
Kerjasama tersebut bakal menyaksikan Toyota, Suzuki dan Daihatsu membangunkan sebuah sistem BEV…