Satu lagi yang membuatkan mata penulis makin besar ialah kelengkapan tersebut dari jenama ARB.
Kelengkapan itu terdiri daripada kanopi sama warna badan, khemah bumbung, sengkuap (awning), peti sejuk, laci dan dapur.
Menurut Isuzu, D-Max ini mampu menarik perhatian ramai bukan sahaja melalui aksesori yang ditawarkan tetapi juga harga lebih rendah berbanding D-Max AT35 Basecamp.

D-Max ini dibuat dengan kerjasama ARB UK dan selain aksesori yang dinyatakan, ada lagi kelengkapan seperti perkakasan perkhemahan, rak bumbung dan sebagainya.
Bukan setakat berkhemah di dalam hutan atau tepi pantai, boleh dibawa mengelilingi dunia!
Kelengkapan tersebut akan ditawarkan pengedar Isuzu dan membolehkan pelanggan membeli terus sebuah D-Max yang siap dengan aksesori pilihan.
Aksesori yang diluluskan (approved accessories) itu telah melalui ujian ketat bagi memenuhi standard tinggi untuk kualiti, keselamatan dan prestasi yang ditetapkan Isuzu dan ARB.

Berikut senarai aksesori dan harga (tidak termasuk VAT):
- ARB Ascent Hardtop Gullwing Remote Locking £3,097.50 (RM18,112)
- Esperance Roof Tent Hard Shell £2,384.00 (RM13,939)
- ARB Awning with Light Installed 2000mm x 2500mm £364.00 (RM2,128)
- ARB Baserack Awning Bracket Quick Release £96.00 (RM561)
- Baserack Bridge Plate Narrow for Roof Top Tent Fitting £82.00 (RM479)
- ARB Outback Drawer set with Kitchen and Roller Floor £4,420.00 (RM25,841)
- ARB Fridge Zero 60 Litre 12V DC - 240V £1,012.50 (RM5,919)
- ARB Fridge Zero Tie Down Kit £51.25 (RM299)
- Fold Down Anchor Point Kit (Set 4 unit) £58.20 (RM340)
- ARB Recovery Point Red (Kiri) £260.00 (RM1,519)
- ARB Recovery Point Red (Kanan) £260.00 (RM1,519)
- Tailgate Assist System £271.25 (RM1,584)
- ARB Cargo Draw Organiser Heavy Duty £56.50 (RM330)
- ARB Cargo Draw Organiser Heavy Duty £42.50 (RM248)
- ARB Cargo Draw Organiser Heavy Duty £28.50 (RM166)
- ARB Kitchen Bag £51.50 (RM300)
- Kitchen Buddy £92.00 (RM537)
- ARB Recovery Kit Weekender £125.00 (RM730)
- ARB BASERACK Ascent Canopy Kit 1835mm x 1285mm £977.50 (RM5,711)
- ARB Outback Drawer Fridge Cable Guide
Satu senarai yang panjang dan pelanggan diberi pilihan untuk menentukan aksesori yang dimahukan.
Setelah lengkap, D-Max ini lebih menyerlah jika ditinggikan dan dipadan dengan rim dan tayar All-Terrain (racun).
Penulis: Muhammad Md Tajudin
