Jepun wajibkan kereta baharu dengan ciri lampu utama automatik

oleh Mohamad Hanif|
Kenderaan baharu di Jepun kini diwajibkan untuk mempunyai ciri lampu hadapan automatik bermula 1 April 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Driving Vision News menyebut, para pengeluar di Jepun perlu melengkapkan setiap kenderaan baharu dijual dengan fungsi lampu automatik tersebut. 

Malah, sistem baharu ini tidak membenarkan para pemandu memadamkan lampu utama sesuka hati. 

Ini kerana menurut peraturan UN Regulation 48, sesebuah unit lampu utama perlu dihidupkan dalam masa dua saat apabila keadaan ambien menurun sehingga kurang daripada 1,000 lux, atau 15 minit sebelum matahari terbenam. 

Lampu hanya boleh dimatikan sekiranya keadaan cahaya persekitaran melampau paras 7,000 lux.

Sistem mandatori ini walaubagaimanapun dikecualikan kepada mana-mana model yang diperkenalkan sebelum April 2020, namun hanya dibenarkan dijual tanpa ciri lampu automatik sebelum Oktober 2021.

Manakala bas dan trak akan diwajibkan ciri yang serupa bermula Oktober 2023.

Antara sebab kenapa sistem ini diperkenalkan adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan yang kerap berlaku ketika waktu senja terutama melibatkan golongan tua dan penunggang basikal. 

Ini kerana ada sesetengah pemandu yang tidak sedar akan keadaan sekeliling dan meneruskan pemanduan tanpa memasang lampu utama, dan keadaan pemanduan yang tidak jelas ini ternyata meninggikan risiko kemalangan melibatkan golongan itu tadi. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Warga tempatan mungkin sudah terbiasa dengan pemandangan tersebut, namun tidak bagi pihak polis.…
Berita Domestik
  Berikutan itu, katanya, syarikat terbabit dicatatkan menduduki tempat keempat di dunia sebagai…
Informasi
Lampu utama kenderaan merupakan komponen yang penting dalam memastikan pemanduan diwaktu gelap yang…