Lampu Utama: Halogen vs HID vs LED

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lampu utama kenderaan merupakan komponen yang penting dalam memastikan pemanduan diwaktu gelap yang lebih efisen selain terdapat fungsi-fungsi canggih yang mampu mengoptimumkan tahap keselamatan pemanduan. 

Penting untuk kita mengetahui perbezaan jenis-jenis lampu hadapan yang ditawarkan oleh pengeluar kenderaan di dalam pasaran kerana ia melibatkan perbezaan dari segi harga, kegunaan dan partikaliti.

Ini semestinya menjadi antara kriteria yang berbaloi untuk dinilai jika anda merancang membeli kenderaan baharu atau menaik taraf kenderaan sedia ada.

 

Penting sangat ke lampu utama ni?

Seperti komponen lain pada kenderaan, kepentingan prestasi lampu utama kenderaan anda adalah bergantung kepada keperluan penggunaan harian anda.

Sebagai contoh jika anda sering memandu pada waktu malam atau di kawasan yang pencahayaannya kurang baik, maka wajiblah untuk diberi sedikit penekanan tentang karakter-karakter lampu yang berada dipasaran.

Pemasangan cermin gelap juga memberi impak yang besar pada tahap penglihatan terutamanya pada waktu malam atau cuaca buruk.  

Bayangkan jika kenderaan anda menggunakan lampu jenis halogen dan dipadankan pula dengan cermin hadapan dan sisi yang gelap 70%-80%, memang terbabaslah jawab nya.

Jadi, amatlah penting untuk umum mengetahui perbezaan antara semua teknologi lampu depan supaya anda boleh membuat keputusan pembelian yang lebih bermaklumat. 

 

 

Apa beza lampu jenis Halogen, HID dan LED?

Selama berdekad, kebanyakan kenderaan dilengkapi dengan lampu Halogen.

Kini, boleh dikatakan hampir kesemua pengeluar ada menawarkan lampu utama jenis HID (high-intensity discharge/discas ketumpatan tinggi) dan LED (light-emitting diode/diod pemancar cahaya) sebagai pilihan. Jom tengok secara ringkas apa bezanya ketiga-tiga jenis lampu ini.

1. HALOGEN

Murah, mudah untuk ditukar dan universal untuk semua jenis kenderaan. Inilah sebab utama mentol halogen jadi pilihan malah sehinga hari ini ia masih dipasangkan pada banyak kenderaan baharu.

Secara purata, jangka hayat lampu halogen adalah hanya sekitar 800 jam, tetapi kos menggantikannya sangat mampu milik dan mudah diselenggara.

Berbanding HID dan LED, lampu halogen cenderung lebih panas dan menggunakan lebih banyak tenaga jika dibandingkan LED

Lampu jenis ini sebenarnya sudah mampu memberikan pencahayaan mencukupi untuk pemanduan selamat di lebuh raya dan jalan raya biasa.

Namun, perubahan mula berlaku apabila pengeluar masa kini mula menggunakan kelebihan lampu jenis HID atau LED sebagai tarikan produk dari segi estetik dan kebolehgunaan.

Malah ianya didatangkan secara standard bagi sesetengah jenama kenderaan kos rendah. Tidak mustahil dalam beberapa dekad akan datang penggunaan lampu halogen semakin pupus dibawa arus perubahan.
 


2. HID (high-intensity discharge/discas ketumpatan tinggi) 

Lampu utama HID mula digunakan pada kenderaan sejak awal 90-an, yang secara tidak lansung mencabar dominasi lampu utama halogen.

Ada yang menggelarkannya sebagai Xenon, merujuk kepada gas yang digunakan dalam proses menyalakannya.

Secara ringkas, HID mampu menjana dua kali ganda lebih jumlah lumen (kecerahan) berbanding halogen. Selain cahaya lebih cerah dan lebih cekap, jangka hayat HID juga lebih lama berbanding mentol halogen.

Pada awalnya, HID diklasifikasikan sebagai barang mewah sebelum banyak pengeluar mula menggunakan teknologi lampu jenis ini untuk produk kenderaan mereka yang akhirnya menjadi semakin mampu milik.

Selain suluhan cahaya yang lebih lebar, lebih terang dan lebih putih (menyamai cahaya semulajadi waktu siang), ianya juga kurang menggunakan tenaga.

Jika kali pertama memandu kereta dengan lampu utama HID, anda pasti perasan perbezaannya.

Namun, HID adalah lebih mahal berbanding halogen dan cahaya yang dipancarkan mempunyai tahap silau tinggi yang boleh mengganggu pengguna jalan raya dari arah bertentangan.

Kelebihan-kelebihan yang ada pada lampu HID ini pula mampu mengurangkan keletihan mata berbanding halogen bagi pemanduan malam.

 


3. LED (light-emitting diode/diod pemancar cahaya)

LED kini banyak digunakan oleh pengeluar automobil seluruh dunia.

Walaupun tidak secerah HID, lampu utama LED lebih cerah dan tahan lama berbanding halogen.

Ia juga lebih kecil dan mudah dimuatkan dalam unit lampu utama yang secara langsung memberikan lebih kreativiti kepada pengeluar dalam merekabentuk lampu utama produk mereka.

Tidak seperti HID, LED bercirikan 'terus menyala', yang berfungsi sama seperti mentol halogen dan tidak perlukan tempoh masa tertentu untuk 'panas' dan menyala sepenuhnya.

Ia juga tidak menghasilkan silau yang kuat seperti HID, sekaligusi tidak menanggu pengguna jalan raya dari arah bertentangan.

Selain mampu bertahan lama berbanding mentol halogen kerana tidak mempunyai filament yang akan terbakar atau patah. 

Rata-rata pengeluar kenderaan kini menjadikan lampu utama LED sama ada sebagai satu opsyen atau pilihan standard didalam spesifikasi kenderaan berbanding HID.

Ini kerana bagi pemandu biasa, perbezaan antara HID dan LED adalah tidak ketara  dan LED tampak lebih menarik dari segi estetik.

Jika sebelum ini kita perlu menggantikan satu set penuh lampu LED, kini ianya boleh digantikan hanya mentol LED yang rosak sahaja. Disebabkan teknologi lampu ini sudah jadi semakin popular bukan hanya dalam produk automotif, tidak menghairankan lampu LED kini sudah jadi mampu milik.

 


Perlu ke hidupkan lampu hadapan di siang hari?

Kenderaan moden hari ini kebanyakannya dilengkapi dengan lampu "auto", yang secara automatik menghidupkan dan mematikan lampu utama.

Sesetengah darinya juga didatangkan dengan lampu DRL (day running light), yang menawarkan pencahayaan pada sebahagian dari komponen utama lampu tanpa perlu menghidupkan lampu sebenar.

Pengeluar jenama mewah dan separa mewah mengaplikasikan DRL sebagai satu identiti atau trademark bagi model-model tertentu. 

Pemanduan di siang hari disaran untuk menghidupkan lampu utama bagi meningkatkan kadar keterlihatan dan keselamatan.

Trafik yang datang dari arah bertentangan dapat melihat anda dengan lebih mudah jika lampu anda menyala, selain membantu mengurangkan risiko pelanggaran frontal siang hari.

Anda juga harus menyalakan lampu kenderaan jika berada didalam cuaca buruk, seperti hujan lebat, kabus tebal, ataupun asap tebal.

Perlu diingat, memandu dengan lampu belakang menyala boleh membantu mengurangkan kemungkinan perlanggaran belakang, terutamanya didalam keadaan yang rendah kadar keterlihatannya.
 


Kadar kecerahan?

Jika dilihat dari fakta-fakta di atas, jelas sekali lampu HID (xenon) dan LED mempunyai kecerahan yang lebih baik mengatasi lampu halogen.

Secara keseluruhannya pula, lampu LED menawarkan lebih banyak manfaat berbanding yang lain.

Metod pencahayaan LED sangat berbeza, di mana cahaya dihasilkan menggunakan diod dan elektron.

Kos pembuatan LED pula lebih tinggi yang menyebabkan harga kereta yang ada ciri lampu LED dipasarkan lebih mahal.

Saiz lampu LED juga lebih kecil, tahan lama dan kurang menggunakan tenaga berbanding Xenon.

Bagaimanapun, lampu xenon lebih terang berbanding LED ketika suluh tinggi (high beam). 

Berikut ialah keputusan ujian antara lampu halogen, xenon dan LED:

SULUH RENDAH (Low Beam)
•    Halogen 650/900 lux
•    Xenon 1100/1600 lux
•    LED 1600/2200 lux

SULUH TINGGI (High Beam)
•    Halogen 2200 lux
•    Xenon 3800 lux
•    LED 3600 lux

Lux ialah unit ukuran bagi tahap pencahayaan, juga dipanggil iluminans (illuminance) atau iluminasi (illumination).

Penulis: Faiz Ayob

Berita Berkenaan

Berita Global
Warga tempatan mungkin sudah terbiasa dengan pemandangan tersebut, namun tidak bagi pihak polis.…
Berita Domestik
  Berikutan itu, katanya, syarikat terbabit dicatatkan menduduki tempat keempat di dunia sebagai…
Berita Global
Menurut laporan daripada Driving Vision News menyebut, para pengeluar di Jepun perlu melengkapkan…