Jentera lumba Triumph mula diuji

oleh HEZERI SAMSURI|
Musim 2019 untuk siri perlumbaan Moto2 akan menyaksikan jentera-jentera perlumbaan dengan platform dan enjin baharu yang dibekalkan oleh Triumph.

Nampaknya pasukan-pasukan Moto2 telah mula menguji motosikal masing-masing. 

Enjin yang digunakan ialah enjin "triple" (tiga silinder) 756 cc dari Triumph. Sebelum ini, siri perlumbaan Moto2 menggunakan enjin dari Honda CBR600RR. 

Triumph sendiri dikatakan gembira dengan pencapaian enjin mereka untuk Moto2. Enjin asas itu digunapakai oleh model Triumph Street Triple model 2017.

Dorna, pemilik jenama Moto2 tahun lalu memberikan dua alasan kenapa enjin Triumph digunakan.

1. Enjin Triumph Street Triple memberi fokus kepada tork yang lebih tinggi untuk pecutan, bukan untuk kuasa kuda tinggi pda RPM yang melangit.

2. Selepas World Superbike Championship menggunakan enjin 1,000cc, enjin 750cc 4-silinder semakin kurang menerima penekanan dari R&D

Peminat Triumph pasti gembira melihat perkembangan ini.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut perjanjian tersebut, Bajaj akan mengambil alih hak pengedaran motosikal Triumph di India…
Berita Global
"Ia akan dijual di pengedar-pengedar Triumph di seluruh dunia dan juga di India," terangnya.…
Pelancaran Motosikal
Perubahan yang dibawakan dari segi luaran kebanyakannya bersifat kosmetik di mana lampu hadapan…