Jejambat sehala dari Bukit Jalil ke Puchong dirasmikan

oleh SALINA JALIL|
Untuk mereka yang kerap berulang alik dari Kuala Lumpur ke Puchong dengan melalui Lebuhraya Bukit Jalil sudah pasti melihat pembangunan di sekitar kawasan Bukit Jalil.


Lebih-lebih lagi papan tanda yang dipasang di sekitar kawasan tersebut yang tertera Pavilion Bukit Jalil, yang juga dikenali sebagai “The Icon of Connectivity”.


Semalam telah berlangsungkan majlis perasmian pembukaan jejambat baharu yang akan menghubungkan Bukit Jalil (Jalan 13/155C) ke Puchong melalui Lebuhraya Bukit Jalil.


Pembinaan jejambat sehala yang berjarak 300m ini dibina oleh Malton Berhad (Malton), pemaju hartanah inovatif projek ikonik 50 ekar Bandar Bukit Jalil.

 

Pembangunan jejambat ini bermula dari tahun 2018 dan telah siap sepenuhnya dalam masa 6 bulan lebih awal dari tarikh asalnya. Pembinaan jejambat ini  sememangnya bermanafaat untuk komuniti sekitar kawasan Bandar Bukit Jalil kerana dengan adanya jejambat ini ia memudahkan  yang memberikan aksesibiliti untuk  keluar masuk ke lokasi tersebut.


Dengan adanya jejambat terbaharu ini, ia dapat mengurangkan jumlah trafik dari arah Lebuhraya Bukit Jalil sebanyak 25 peratus pada waktu puncak, dan dipercayai dapat mengurangkan kesesakan trafik untuk lebih 11,000 pengguna jalan raya apabila pembangunan Bandar Bukit Jalil selesai sepenuhnya.

 

Hadir pada majlis perasmian tersebut adalah Datuk Steven Tan, Pengarah Jabatan Perancang Infrastruktur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, diiringi oleh Datuk Lee Whay Hoong, Pengarah Regal Path Sdn Bhd; Datuk Abdul Wahab Khalil, Penasihat kepada Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd; En. Hong Lay Chuan, Pengarah Eksekutif Malton; dan En. Robert Spinks, Pengarah Projek (Pembangunan) Malton.

(Dari Kiri) Pengarah Projek (Pembangunan) Malton, Robert Spinks; Penasihat kepada Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, Datuk Abdul Wahab Khalil; Pengarah Jabatan Perancang Infrastruktur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Steven Tan; Pengarah Regal Path Sdn Bhd, Datuk Lee Whay Hoong dan Pengarah Eksekutif Malton, Hong Lay Chuan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kes sedang disiasat Unit Siasatan Kemalangan Lebuh Raya, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan…
Berita Domestik
  Beliau berkata, pembinaan projek bernilai RM492.5 juta itu juga melibatkan laluan susur keluar…
Berita Domestik
  Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan II,…