Dengan penghasilan teknologi ini, ianya mampu menjadi alternatif untuk mencapai sasaran dunia dengan kenderaan sifar pelepasan, sambil memanjangkan jangka hayat enjin pembakaran dalaman (ICE).
Enjin baharu itu diasaskan dari komponen enjin 4 silinder Dieselmax 448, yang menerima pengubahsuaian besar pada bahagian atas hingga mampu menjadikan enjin itu tidak menghasilkan karbon dioksida.
Dengan adanya teknologi baharu ini, ia memberikan kelebihan berbanding pengunaan sel bahan bateri elektrik yang jauh lebih mahal.
Percubaan pertama mereka menggunakan enjin itu pada jengkaut. Jurutera JCB percaya bahawa mereka mempunyai teknologi yang mampu digunakan untuk pasaran kenderaan yang lebih meluas.

Pengerusi JCB, Lord Anthony Bamford berkata, "Kami tidak lagi mempertikaikan tentang pengunaan diesel, sifar pelepasan karbon dioksida mesti menjadi sasaran utama. Kami percaya bahawa bateri dan sel bahan api bukan satu-satunya penyelesaian."
Enjin prototaip JCB mempunyai sistem aruhan serba baharu dengan mampatan yang direndahkan, omboh baharu, bahan api common-rail tekanan tinggi dan suntikan port. Ia direka untuk memadankan prestasi dan ciri pemanduan mesin sedia ada.

Ketua Inovasi JCB, Tim Burnhope berkata, "Kami berpendapat bahawa terdapat peluang kepada syarikat yang menghasilkan enjin pembakaran dalaman untuk menuju ke arah sifar pelepasan karbon secepat mungkin, menggunakan teknologi dan komponen sedia ada. Jika anda mengambil berat tentang perubahan iklim, kelajuan perubahan sangat penting."
JCB merancang pembangunan tambahan bagi enjin hidrogennya, tetapi syarikat itu sudah pun memfokuskan perhatian mereka kepada pengeluaran untuk pasaran yang lebih luas.
Sumber: Autocar
Penulis: Ahmad Danial Yasin