JCB lancar telehandler boleh putar

oleh HEZERI SAMSURI|
JCB bukan nama baharu, malah sudah menjadi nama generik untuk traktor varian "backhoe".

Syarikat yang berpengkalan di Rocester, Staffordshire, UK ini juga sebenarnya adalah pembuat jentera telehandler nombor satu di dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

JCB baru sahaja melancarkan model terkini telehandler mereka, Hydraload 555-210R dan ia mempunyai ciri-ciri paling modern, hasil dari pengalaman lebih dari 40 tahun membina telehandler.

Di bawah ialah senarai ciri-ciri tersebut:

  • Kapasiti mengangkat beban maksimum seberat 5.5 tan.
  • Ketinggian operasi maksimum sehingga 20.5 meter.
  • Lengan mekanikal yang kini dibina di atas platform yang mampu berputar 360-darjah.
  • Penglihatan lebih luas untuk operator jentera.
  • Masa mod siap-sedia, mod-simpanan dan mod seimbang (deployment, stowage dan levelling) yang lebih pantas menggunakan sistem Auto dengan satu butang.
  • Pilihan untuk winch dan platform kerja aerial yang lebih meluas


 

 

Hydraload 555-210R menggunakan enjin JCB Ecomax yang sangat efisien serta lengkap dengan sistem telematik JCB Livelink.

Telehandler boleh putar ini menjadikan ia sebuah jentera yang lebih versatil dan praktikal.

Ia akan dilancarkan untuk pasaran Eropah dahulu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan penghasilan teknologi ini, ianya mampu menjadi alternatif untuk mencapai sasaran dunia…
Berita Global
Namun, tindakan yang diambil amatlah lembab ya amat sehinggakan seorang Menteri terjatuh baharulah…
Berita Global
Lima kali lebih senyap dari jentera korek diesel, ia di caj penuh dalam masa dua jam dan boleh…