JCB Pothole Pro mampu baiki lubang jalan dalam masa lapan minit!

oleh Mohamad Hanif|
Masalah lubang jalan sememangnya sudah lama menghantui ramai pengguna jalan raya, terutama sekali penunggang motosikal dan basikal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun, tindakan yang diambil amatlah lembab ya amat sehinggakan seorang Menteri terjatuh baharulah pihak berkuasa bertindak pantas memperbaiki segala kerosakan yang wujud.

Untuk pihak berkuasa, kami boleh sarankan solusi pembaikan jalan raya yang kami jumpai, di mana ia boleh memperbaiki lubang dalam masa sekitar lapan minit.

JCB Pothole Pro menawarkan solusi tiga dalam satu, terima kasih kepada kelengkapan spesisifik yang dipasang seperti cutter, sweeper/bucket, serta alat pemotongan hidraulik.

Mesin ini mampu memotong kawasan yang rosak untuk membuat permukaan tarmac yang lebih baik, dan dengan bantuan planer 600 mm dan sweeper 1,200 mm kawasan kerja boleh dibersihkan dengan cepat tanpa sebarang pencemaran bendasing.

 


Dalam satu tugasan, mesin JCB Pothole Pro ini mampu menyelesaikan masalah sehingga 250 meter persegi, dan ia mampu untuk bergerak pada kelajuan sehingga 40 km/j dari lokasi ke lokasi tanpa memerlukan bantuan trailer.

Menurut JCB, dengan menyelaraskan dan menyatukan kesemua tugas ini, ia mampu mengurangkan kos penyelenggaraan harian sehingga 50 peratus!

Malah dalam ujian awal yang dijalankan, JCB Pothole Pro ini mampu menyelesaikan 51 masalah dalam masa 20 hari sahaja, di mana jika mengikut cara tradisional ia mampu memakan masa sehingga 63 hari.