Jangan sampai kenderaan import kuasai pasaran Indonesia - amaran Jokowi pada rakyatnya

oleh HEZERI SAMSURI|
Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi telah memberikan ucapan penting untuk industri automotif negara tersebut ketika pembukaan Pameran Kenderaan Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2018 pagi tadi.

Jokowi yang mengaku itu adalah pertama kali beliau hadir ke GIIAS, tetapi berkata kerajaan beliau akan terus menumpukan fokus kepada industri automotif Indonesia yang kini berada pada nombor empat dari 25 sektor bukan minyak dan gas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Empat pesanan penting yang disampaikan oleh Presiden itu untuk industri automotif Indonesia.

Produk Indonesia harus berjaya di dalam negara sendiri

Jokowi berkata kenderaan-kenderaan CKD yang dipasang di dalam negara dengan komponen tempatan harus mendahului pasaran automotif Indonesia.
Jokowi memberi amaran supaya jangan sampai kenderaan import sepenuhnya atau CBU bermaharajalela dalam pasaran tempatan.

Perlu tingkat eksport kenderaan

Jokowi mahukan jumlah kenderaan-kenderaan yang dipasang di Indonesia dan kemudian di eksport perlu ditingkatkan.
Beliau terus memberitahu bahawa kerajaan Indonesia akan memberikan insentif untuk mana-mana syarikat yang mengekport produk mereka ke luar negara.
"Pasaran tempatan perlu dikuasai, pasaran eksport patut ditingkat," ujar beliau.

Tingkat pemasangan model-model berteknologi tinggi

Jokowi berharap agar industri automotif Indonesia akan memasang produk-produk mesra alam seperti kenderaan hibrid, Plug In Hybrod atau EV tulen.

Manfaat AMMdes untuk tingkat produksi

Jokowi juga berharap projek AMMdes atau Alat Mekanis Multiguna Perdesaan yang melihat kenderaan buatan Indonesia khusus untuk petani-petani tempatan digunakan untuk memingkatkan produktiviti negara dan juga kebolehan industri automotif Indonesia.

Pameran Automotif GIIAS ke-26 ini berlangsung bermula dari hari ini sehingga 8 Ogos. Ratusan kenderaan dipamerkan dan lebih dari 40 ialah pelancaran model terbaharu di Indonesia dan ada yang pertama kali dipertontonkan kepada dunia.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagaimanapun pada masa sama, beliau bergelut untuk menarik pelaburan swasta, dengan Belanjawan 2024…
Berita Global
  Presiden Indonesia itu, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, sudah mengadakan rundingan bersama…
Berita Global
  Perkhidmatan HSR tersebut adalah yang pertama di rantau Asia Tenggara sekali gus dapat…