Jokowi rasmi upacara pecah tanah bagi lapangan terbang di ibu negara baharu, Nusantara

oleh Penyumbang Rencana|
Presiden Indonesia, Joko Widodo, telah merasmikan upacara pecah tanah bagi pembinaan beberapa projek termasuk lapangan terbang, lebuh raya bertol dan hospital kepada sebuah hotel di ibu negara baharu, Nusantara pada Rabu.

Projek utama Joko atau lebih dikenali Jokowi bernilai bernilai AS$32 bilion (RM152.67 bilion) untuk memindahkan keluar pusat pentadbiran kerajaan dari ibu negara Jakarta yang sesak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagaimanapun pada masa sama, beliau bergelut untuk menarik pelaburan swasta, dengan Belanjawan 2024 memperuntukkan 40.6 trilion rupiah (AS$2.6 bilion atau RM12.40 bilion) bagi pembinaannya.

Minggu ini, Jokowi juga dijangka melancarkan 10 projek bernilai 12.5 trilion rupiah (AS$784 juta atau RM 3.74 bilion) ketika lawatannya ke Nusantara, yang sedang dalam pembinaan awal di tengah-tengah hutan pulau Borneo.

Menurut beliau, lapangan terbang seluas 347 hektar itu dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang Disember 2024, dengan kos keseluruhan 4.2 trilion rupiah (AS$263 juta atau RM1.25 bilion).

"Saya yakin pembinaan lapangan terbang ini akan meningkatkan daya saing dan pertumbuhan ekonomi, serta mempercepatkan pembangunan ibu negara baharu," katanya pada majlis pecah tanah itu.

Dalam pada itu, kerajaan menyasarkan hospital antarabangsa yang sedang dibina oleh rangkaian hospital Indonesia Mayapada untuk mula beroperasi pada separuh kedua tahun depan.

Jokowi juga meninjau kerja pembinaan di jalan bertol sepanjang 57 kilometer ke hab arang batu Balikpapan, yang dijangka digunakan mulai Jun tahun depan untuk memendekkan masa perjalanan.

"Selepas jalan bertol siap, kita hanya memerlukan kira-kira 50 minit sahaja berbanding dua jam sebelum ini," katanya.

Pemaju hartanah Indonesia, Pakuwon Jati sedang membina sebuah hotel, blok pangsapuri dan pusat beli-belah.

Konsortium syarikat Indonesia seperti firma tenaga Adaro dan Barito Pacific, konglomerat Astra International dan firma hartanah Agung Sedayu Grup, melabur kira-kira 20 trilion rupiah di Nusantara.

Selain sebuah hotel yang mana konsortium itu memulakan pembinaan pada September lalu, masih tidak diketahui jelas mengenai sama ada projek lain akan dibiayai oleh menerusi pelaburan terbabit.

Jokowi berkata, beliau akan menyempurnakan pecah tanah sembilan projek bulan depan, namun tidak memberikan butiran lanjut.

 

- Jakartaglobe