Jokowi yakin Tesla akan labur dalam pengeluaran bateri dan kenderaan di Indonesia

oleh Penyumbang Rencana|
Presiden Indonesia, Joko Widodo yakin Tesla Inc akan memuktamadkan rundingan untuk melabur dalam kemudahan pengeluaran di negara itu, selepas menawarkan pengeluar kereta Amerika Syarikat (AS) itu pelbagai insentif daripada pelepasan cukai hinggalah konsesi untuk melombong nikel.


Ekonomi terbesar Asia Tenggara itu sedang berusaha menarik Tesla melabur dalam pengeluaran bateri dan kereta sejak 2020, dengan memanfaatkan kekayaan rizab bijih nikel di negara itu, yang boleh diproses untuk kegunaan dalam bateri kenderaan elektrik (EV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Presiden Indonesia itu, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, sudah mengadakan rundingan bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk sebanyak dua kali, bersemuka dengannya di kemudahan SpaceX di Texas tahun lalu dan menerusi perbualan telefon, dalam usaha memuktamadkan rundingan.

 

"Saya katakan kepadanya jika melabur di Indonesia, saya akan memberikan konsesi nikel," kata Jokowi, merujuk kepada tawaran konsesi perlombongan Indonesia.

 

Insentif lain termasuk pelepasan cukai dan skim subsidi untuk pembelian EV bagi membina pasaran untuk Tesla di negara yang mempunyai penduduk keempat paling ramai di dunia itu, sambil menambah barisan menterinya sedang memuktamadkan subsidi berkenaan.

Jokowi berkata, beliau 'yakin' Indonesia mempunyai kelebihan berbanding negara lain yang dipertimbangkan Tesla untuk pelaburan kerana ia mempunyai rizab nikel terbesar dan pasaran domestik yang besar.

 

gambar hiasan

 

Beliau berkata, terpulang kepada Tesla untuk menerima tawaran melombong nikel, memberi isyarat bahawa Indonesia terbuka kepada pelaburan dana bateri EV dan rantaian bekalan kereta elektrik.

 

"Jika mereka mahu bermula daripada bateri EV, baik saja," tambahnya.

 

Tesla tidak memberikan maklum balas segera kepada permintaan mendapatkan kenyataan.

 

Tesla sedang meninjau untuk membina sebuah hab pengeluaran tambahan.

 

Syarikat itu ketika ini mengeluarkan EV di empat lokasi iaitu Fremont, California; Shanghai; Austin, Texas and di pinggir Berlin.

 

Penganalisis menganggarkan bahawa Tesla perlu membina tujuh atau lapan lagi 'kilang bersaiz giga' untuk mencapai sasaran Musk menjual 20 juta EV menjelang 2030.

 

Selain Indonesia, negara seperti Korea Selatan, Kanada dan Mexico sedang berusaha mendapatkan Tesla untuk melabur dalam pengeluaran.

 

Seorang jurucakap Presiden Mexico berkata, Tesla sedang menimbangkan untuk membina sebuah kilang pemasangan berhampiran lapangan terbang baharu Mexico City.

 

Penganalisis berkata, Mexico mungkin mempunyai kelebihan untuk memenangi pelaburan Tesla kerana kedudukannya yang hampir dengan pasaran utama di AS, tapak pangkalan komponen yang sudah lama ditubuhkan dan kenderaan yang dibina di negara itu layak mendapatkan kredit cukai pengguna di bawah pentadbiran Presiden Joe Biden.

 

 

TheSTar

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagaimanapun pada masa sama, beliau bergelut untuk menarik pelaburan swasta, dengan Belanjawan 2024…
Berita Global
  Perkhidmatan HSR tersebut adalah yang pertama di rantau Asia Tenggara sekali gus dapat…
Berita Global
  Beliau berkata, Indonesia juga sedang mempertimbangkan untuk mengenakan cukai ke atas eksport…