Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup sementara Jumaat ini

oleh Penyumbang Rencana|
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) atau turut dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang akan ditutup sementara bermula 10 malam Jumaat (22 Dis) hingga 3 pagi Sabtu (23 Dis) ini.

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) iaitu Pemegang Konsesi JSAHMS dalam kenyataan memaklumkan jambatan itu akan ditutup sempena acara berbasikal 'PDRM 2nd Bridge 2023 Solidarity Fun Ride'.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

"Bagaimanapun JSAHMS akan dibuka dan beroperasi seperti biasa selepas tamat acara berbasikal tersebut dan sehubungan itu, JKSB menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan PulauPinang sebagai jalan alternatif serta mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan," menurut kenyataan itu.

Pengguna boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1-300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau bantuan kecemasan.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Siasatan awal mendapati kebakaran disyaki berpunca akibat pemandu terlanggar bateri di tengah jalan…
Berita Domestik
“Laluan yang terbabit di Barat Daya ialah semua susur naik ke jambatan dari arah George Town dan…
Informasi
"Kedua-dua lorong manual RFID itu boleh dilalui pada waktu puncak pada hari Isnin hingga Jumaat…