Video 'Jambatan Kedua P.Pinang retak' palsu!

oleh Penyumbang Rencana|
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) hari ini membuat laporan polis berhubung penularan video mendakwa sebahagian struktur Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) retak.

JKSB dalam kenyataan memaklumkan laporan dibuat di Balai Polis Batu Kawan bagi meminta siasatan dilakukan pihak polis terhadap pengguna aplikasi WhatsApp yang menularkan video terbabit.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

 

"Catatan pada video itu dilihat palsu dan boleh menimbulkan kegusaran serta salah faham dalam kalangan orang awam.

"Sehubungan itu, JKSB meminta kerjasama semua pihak agar tidak menularkan video berkenaan memandangkan ia adalah maklumat palsu," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, video berdurasi 28 saat tular di media sosial yang dirakam seorang individu mendakwa struktur JSAHMS retak dan meminta pengguna jambatan itu supaya berhati-hati.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan JKSB berikutan struktur JSAHMS dengan jambatan dalam video berkenaan tidak sama.

Hasil semakan turut mendapati ia adalah video lama yang berlaku di luar negara sekitar 2014.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Siasatan awal mendapati kebakaran disyaki berpunca akibat pemandu terlanggar bateri di tengah jalan…
Berita Domestik
“Laluan yang terbabit di Barat Daya ialah semua susur naik ke jambatan dari arah George Town dan…
Informasi
"Bagaimanapun JSAHMS akan dibuka dan beroperasi seperti biasa selepas tamat acara berbasikal…