Jam tangan kolaborasi khas Luminox x Bear Grylls dilancarkan!

oleh Mohamad Hanif|
Siapa yang tidak kenal susuk tubuh bernama Bear Grylls - bekas anggota tentera British, tenaga pengajar ilmu survival dan lebih dikenali menerusi rancangan televisyen tersendiri Man vs Wild.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan keazaman untuk tidak sesekali menyerah kalah, Bear Grylls tahu laluan dan langkah yang perlu diambil setiap kali matahari terbit dan sebelum matahari membenamkan diri, setiap hari. 

Pendek kata, Bear Grylls merupakan sebuah nama yang terkenal dalam dunia survival, dan menghabiskan masa kariernya berperang dengan landskap bumi yang cukup ekstrem dan situasi yang menentukan antara hidup dan mati.
 


Jenama jam tangan Swiss, Luminox dengan bangganya mengumumkan kerjasama jangka panjang bersama Bear Grylls menerusi pengenalan koleksi jam tangan yang membawakan nama Bear Grylls. 

Menurut Bear Grylls, "saya telah pun memakai jam tangan Luminox semenjak awal penglibatan di dalam dunia pengembaraan, dan ia telah menjadi sebahagian daripada 'keluarga' saya. 

"Amat penting untuk saya bekerja bersama-sama jam tangan yang mampu bertahan di dalam keadaan ekstrem, dan Luminox telah berjaya membuktikannya!"
 


Koleksi jam tangan Bear Grylls merangkumi kesemua jam tangan signatur Luminox (SEA, AIR dan LAND) di mana enam model pertama (4 model SEA dan 2 model LAND) akan diperkenalkan pada bulan hadapan (Februari 2020), manakala selebihnya (2 model AIR) dijadualkan pada September 2020.

Kesemua jam tangan ini akan menampilkan logo Bear Grylls dan motto "Never Give Up" pada permukaan dial dan casis belakang. 
 


Bergantung kepada model yang dimaksudkan, jam tangan Luminox Bear Grylls akan menawarkan fungsi tersendiri seperti kompas, strap paracord, dekoder kod Morse, alat pengukur, dan skala kelajuan berjalan. 

Tidak dilupakan, teknologi pencahayaan Luminox Light Technology yang membenarkan jam dibaca pada apa jua keadaan tanpa cahaya  dan mampu kekal selama 25 tahun tanpa bantuan pencahayaan luar. 


 


Kolaborasi antara Luminox dan Bear Grylls merupakan satu gandingan yang cukup mantap, apatah lagi motto Luminox "Every Second Counts" mampu bergerak seiring dengan motto Bear Grylls "Never Give Up". 

Harga jualan untuk model-model jam tangan koleksi Bear Grylls adalah seperti berikut:

SEA Series - RM2,245
LAND Series - RM2,980 - RM3,215
MASTER Series - RM4,470

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Terdapat dua pilihan warna ditawarkan, iaitu rekaan dial dan bezel berwarna hijau dengan tali jam…
Gaya Hidup
Koleksi jam tangan terbaharu ini diinspirasikan daripada salah satu ekspedisi terawal Bear Grylls…