Jam tangan keluaran istimewa dari IWC Schaffhausen

oleh ONNY IZWAN|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jam tangan terbaharu dari IWC Schaffhausen ini merupakan sebuah jam tangan mewah yang dikeluarkan khas bagi memberi penghormatan kepada juruterbang Perancis (juga seorang penulis) bernama Antoine de Saint-Exupéry.

 

IWC-1

 

Tali diperbuat dari kulit anak lembu tulen berwarna coklat daun tembakau serta jahitan berwarna putih buatan Santoni menjadi tanda keluaran istimewa dari IWC.

IWC-2

Pilihan bahan dan warna pada jam keluaran istimewa Antoine de Saint-Exupéry ini bersempena warna baju rasmi yang dipakai oleh juruterbang pada era tersebut. 

IWC-3

Ia adalah rekaan klasik dari barisan Pilot’s Watch, iaitu Pilot’s Watch Chronograph dan Pilot’s Watch Mark XVIII. 

IWC-4

Pada masa yang sama, terdapat juga model Pilot’s Watch Automatic 36 yang menampilkan dial berwarna coklat.

IWC-5

Jam ini mempunyai pergerakan automatik dengan simpanan kuasa sebanyak 44 jam, cukup untuk masa penerbangan panjang yang berterusan. 

IWC-6

Nombor dan jarum pada dial yang kemas mempunyai salutan berkilau bagi penglihatan ukuran masa yang jelas dan tepat walaupun pada waktu malam. 

IWC-7

Pada bahagian belakang terdapat ukiran kapalterbang purba jenis Lightning P-38. Ini kerana ia adalah model kapalterbang yang digunakan oleh Saint-Exupéry sewaktu beliau hilang semasa membuat penerbangan tinjauan.

 

Terdapat juga keluaran khusus untuk wanita iaitu Pilot’s Watch Automatic 36. Ia berdiameter 36 mm, sesuai untuk lengan kecil.

 

Model-model ini sekarang boleh didapati di pengedar-pengedar jenama IWC. 

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Jam tangan ini bukan sahaja akan dipakai oleh kesemua ahli dalam pasukan termasuk pereka, pakar…
Gaya Hidup
Diperbuat daripada bahan kejuruteraan automotif, Pilot's Watch Chronograph Edition "AMG" merupakan…