IWC lancar jam tangan edisi Mercedes-AMG PETRONAS F1, harga RM35k sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Kerjasama yang terjalin antara pengeluar jam tangan Swiss IWC Schaffhausen dan pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1 sejak 2013 kini membuahkan hasil baharu, berbentuk jam tangan edisi khas IWC Pilot's Watch Chronograph 41 Edition "Mercedes-AMG PETRONAS Formula One Team".
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jam tangan ini bukan sahaja akan dipakai oleh kesemua ahli dalam pasukan termasuk pereka, pakar aerodinamik, jurutera perlumbaan, pakar strategi dan mekanik, malah ia juga sebenarnya turut dijual kepada umum.

Menurut IWC, casis 41 mm tersebut diperbuat daripada bahan titanium gred 5 yang ringan dan kukuh, di mana ia menawarkan nisbah kekuatan-kepada-ketumpatan yang lebih tinggi.
 

IWC


Dalam industri pembuatan, bahan tersebut sebenarnya biasa digunakan pada komponen automotif yang mampu bertahan di bawah tekanan yang tinggi.

Rekaan dial pula menampilkan warna hijau signatur pasukan tersebut, dan pergerakan 69385 caliber chronograph itu pula dilindungi oleh kaca sapphire.
 

IWC


Terdapat dua tali jam yang tersedia, iaitu tali hitam yang diperbuat daripada kulit lembu atau tali getah berwarna hijau yang boleh ditukar menggunakan sistem EasX-CHANGE.

Harga jualan untuk sebuah jam tangan Pilot's Watch Chronograph 41 Edition Mercedes-AMG PETRONAS Formula One Team ini bermula dari $7,850 (RM34,363).

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…