Mercedes-AMG lancar jam tangan Pilot's Watch Chronograph Edition "AMG"

oleh Mohamad Hanif|
IWC Schaffhausen dan Mercedes-AMG baru-baru ini melancarkan jam tangan Pilot's Watch Chronograph Edition "AMG" sebagai meraikan kerjasama yang terjalin dengan pembuat jam tangan Swiss itu sejak tahun 2004.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Diperbuat daripada bahan kejuruteraan automotif, Pilot's Watch Chronograph Edition "AMG" merupakan jam tangan berukuran 43 mm pertama yang menampilkan pergerakan IWC-manufactured 69385 calibre.

 


Casis jam diperbuat daripada bahan ringan titanium yang kalis calar, serta dikemaskan dengan kemasan titanium Grade 5 yang menampakkan penampilan matte grey.

Sementara muka jam pula diperbuat daripada tenunan gentian karbon - bahan sama yang digunakan dalam pembuatan komponen aerodinamik AMG dan dilindungi dengan kaca Sapphire yang membolehkan jam tangan ini memiliki keupayaan kalis air 6 bar.

 


Di bahagian case back pula terdapat logo Mercedes-AMG, dan ia dikemaskan dengan penggunaan tali jam yang diperbuat daripada kulit hitam berkilat dengan jahitan kontras.

Pilot's Watch Chronograph Edition "AMG" kini tersedia untuk pra-temphan di IWC.com bermula 21 Mei, atau menerusi butik IWC dan rakan pengedar sah.

Di bawah program My IWC Care, pemilik boleh mendapatkan lanjutan jaminan selama enam tahun terhadap Jaminan Terhad Antarabangsa selama dua tahun.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Jam tangan ini bukan sahaja akan dipakai oleh kesemua ahli dalam pasukan termasuk pereka, pakar…
Gaya Hidup
Jam tangan terbaharu dari IWC Schaffhausen ini merupakan sebuah jam tangan mewah yang dikeluarkan…