Jalan Sungai Besi ditutup secara berperingkat mulai 2 Oktober

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari DBKL
Rancangan bagi menutup Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi/ Petaling Jaya (berhadapan Fraser Business Park) dan Bulatan Loke Yew kepada semua lalu lintas secara berperingkat mulai esok hingga 29 September 2024, ditangguhkan kepada 2 Oktober hingga 1 Oktober 2024.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini berkata penutupan jalan itu bertujuan membolehkan kerja-kerja pelebaran, pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew dijalankan.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

''Pentadbiran DBKL telah melantik Tetuan Pertama Makmur Sdn Bhd untuk melaksanakan kerja-kerja bagi melebarkan Jalan Yew yang bermula pada Oktober 2021 dan dijangka siap pada 31 Disember 2025, dan kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan di tapak,'' menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya boleh menggunakan beberapa lencongan trafik yang disediakan.

Trafik dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Sungai Besi/ Petaling Jaya akan dilencongkan kepada dua bahagian iaitu satu laluan melalui jalan bersebelahan Federal Bakery dan satu laluan memasuki laluan kontra di lorong bersebelahan.

Laluan trafik Jalan Yew dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Jalan Kinabalu dan Jalan Kuching akan ditutup pada tempoh pembinaan, justeru laluan alternatif adalah melalui Jalan Kampung Pandan, Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah.

Sementara bagi membolehkan kerja-kerja meroboh jambatan susur (ramp) dan pembinaan semula jambatan di Bulatan Pudu menghala ke Jalan Sungai Besi (bersebelahan Balai Polis Pudu), jalan susur dari Jalan Pudu ke Jalan Yew ditutup kepada semua lalu lintas pada tempoh yang sama.

''Laluan alternatifnya adalah melalui Jalan Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga,'' menurut kenyataan itu.

Oleh itu, DBKL menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mematuhi isyarat papan tanda dan arahan polis trafik sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kesulitan.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
  Menurutnya, penutupan sementara itu dijangka sehingga 14 Mac tahun depan. "Laluan yang terlibat…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Ir Mohd Suhaili Ismail berkata, penutupan jalan baharu…
Berita Domestik
Menurut laporan Utusan Malaysia yang turut meninjau di lokasi tersebut mendapati jalan menghala ke…