Jalan Gua Musang-Kuala Lipis tutup, trafik mulai sesak

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Utusan
Aliran trafik mula sesak disebabkan oleh penutupan laluan utama di Gua Musang sejak malam tadi bagi memberikan laluan kepada kerja pemasangan cerucuk jambatan Projek Lingkaran Tengah Utama Pakej 3B dan 3C.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan Utusan Malaysia yang turut meninjau di lokasi tersebut mendapati jalan menghala ke bandar Gua Musang bermula dari bulatan Tanah Putih ke simpang Kampung Pulai dan Jalan Kesedar Putra sesak dengan kenderaan pagi tadi.

Bagaimanapun, pengguna masih boleh menggunakan laluan alternatif FT008 melalui hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, FT 2744 (hadapan Hospital Gua Musang) dan FT2746 (Jalan Pulai).

Seorang pengguna jalan yang ditemubual Utusan, Mohd Samsuddin Ismail, 50, berkata, penduduk di sekitar bandar Gua Musang dan pengguna jalan raya tidak mengetahui jalan berkenaan telah ditutup.

Menurutnya, jalan tersebut masih boleh dilalui kenderaan setakat semalam sebelum ia ditutup sepenuhnya malam tadi.

“Jalan itu ditutup pada waktu malam dan ramai pengguna yang tidak tahu mengenai perkara itu. Kami ingatkan, jalan itu tidak jadi tutup kerana ia masih dibuka untuk laluan kenderaan selepas beberapa hari Jabatan Kerja Raya (JKR) mengeluarkan notis.

Tambahnya, ramai golongan ibu bapa terperangkap di dalam kesesakan sehinggakan anak-anak lewat tiba di sekolah.

Dalam pada itu, Jurutera Awam Penguasa Kanan Unit Projek Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) 1 Cawangan Jalan, Ir. Mohd. Hamizi Abdullah dalam satu kenyataan berkata, penutupan jalan terbabit diteruskan dan  kenderaan perlu dilencongkan daripada memasuki kawasan pembinaan yang akan menyebabkan kesesakan teruk akibat daripada ‘bottle neck’ di tempat pembinaan selepas lampu isyarat Taman Wangi di sini.

Katanya, lencongan sehala sebelum ini agak sempit dan dikhuatiri agak berisiko untuk menerima jumlah kenderaan yang banyak semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Hujan lebat sebelum ini menyebabkan berlaku satu runtuhan cerun yang agak besar selepas bulatan Gua Musang menghala Kota Bharu. Sekiranya berlarutan, jalan terbabit juga akan ditutup.

“Pihak JKR LTU sudah membuat persediaan sebelum jalan ditutup apabila menaiktaraf jalan alternatif iaitu dari jalan simpang Kampung Pulai ke simpang IPD Gua Musang,” ujarnya.

Mohd. Hamizi berkata, pengguna jalan raya terutamanya perantau tidak perlu risau kerana jalan alternatif sudah disediakan dan pihaknya turut mengambil kira kemasukan kenderaan melalui daerah ini menjelang Hari Raya nanti.

Sumber: Utusan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kita percaya tindakan mengalihkan penghadang yang dipasang itu adalah untuk individu terbabit…
Informasi
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Mohd Suhaili Ismail, berkata sekiranya laluan itu…