Pengarah JKR Kelantan - Jalan Gua Musang akan lebih sesak jika tak ditutup

oleh Penyumbang Rencana|
Gua Musang akan mengalami kesesakan yang lebih teruk pada waktu perantau pulang menjelang Aidilfitri nanti berbanding sekarang, jika Jalan Persekutuan FT2747 di daerah itu tidak ditutup.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Ir Mohd Suhaili Ismail berkata, penutupan jalan baharu dari simpang hospital sehingga jambatan Taman Damar itu bertujuan memberi kelancaran trafik pada waktu berkenaan.

Menurut beliau, Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) kini memasuki laluan FT2747 di bawah pelaksanaan sub pakej 3BC dan 3D melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan dan pemasangan cerucuk jambatan.

“Kalau tidak ditutup, jalan dua lorong ini akan menjadi satu lorong dan akan menyebabkan kesesakan luar biasa jika dilalui oleh kenderaan perantau nanti.

“Perjalanan di laluan alternatif itu memakan masa lebih panjang sehingga empat jam berbanding sejam hingga dua jam di laluan FT2747. Itu yang menyebabkan sedikit kesesakan ketika ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini, pada Khamis.

Beliau memaklumkan, pihaknya juga akan mengadakan satu mesyuarat pada 10 April ini bagi menambah baik laluan alternatif tersebut untuk trafik yang lebih lancar.

“Penyediaan jalan lencongan dengan menaik taraf jalan lama iaitu FT008 dari simpang Kampung Pulai ke simpang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang sudah siap dilebarkan pada 14 Disember 2021 dan sedia untuk digunakan.

“Di simpang IPD nanti akan diletakkan papan tanda supaya perantau boleh terus memilih untuk ke daerah seperti Rantau Panjang dan Tanah Merah selain boleh lihat Facebook JKR untuk maklumat jalan lencongan,” katanya.

Beliau mengakui berlaku sedikit kekhilafan daripada pihaknya dalam memberi penjelasan berhubung pemakluman penutupan tersebut hingga menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat.

“Langkah ini perlu dibuat dengan mengambil kira keadaan perantau yang akan pulang nanti.

“Keadaan kesesakan yang berlaku sekarang pula hanya pada waktu-waktu puncak seperti pagi dan petang semasa orang ramai pergi ke tempat kerja atau pelajar yang pergi dan balik dari sekolah,” katanya.

 

- Semoga perjalanan kita dipermudahkan -

Berita Berkenaan

Informasi
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Mohd Suhaili Ismail, berkata sekiranya laluan itu…
Berita Domestik
  “Pembinaan lintasan pejalan kaki ini berdasarkan permohonan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (…