Jalan runtuh - bila kerajaan negeri akan perbaiki?

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan negeri diminta menyegerakan kerja-kerja baik pulih jalan di Kampung Lahar Bongor di sini susulan kejadian tanah runtuh sejak lebih kurang tiga bulan lalu.


Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Penduduk Baling (Perkeba), Jhangir Khan Kathem Khan berkata, meskipun jalan tersebut telah ditutup atas faktor keselamatan, namun masih ada pengguna yang berdegil melalui kawasan itu.

 

Menurutnya, laluan yang menghubungkan Kampung Lahar Bongor ke Kampung Teluk Sungai Durian, Baling itu telah memendekkan jarak perjalanan menyebabkan penduduk masih menggunakan jalan terbabit untuk berulang-alik biarpun mereka tahu risiko keselamatan.


 

"Saya lihat jalan ini telah diletakkan halangan sebagai tanda amaran tentang runtuhan tanah di sini, namun masih ada pengguna terutamanya penunggang motosikal melaluinya walaupun berbahaya," jelasnya.

 

Justeru, beliau berharap agar pihak berkaitan dapat mempercepatkan kerja-kerja baik pulih laluan tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

 

"Memang ada laluan alternatif lain namun jaraknya yang jauh dan melebihi tiga hingga empat kilometer membuatkan penunggang motosikal sanggup bergadai nyawa menggunakan laluan itu walaupun terdapat rekahan tidak jauh dari kawasan terbabit," ujarnya.
 

 

 

 

- Sinar Harian -

Berita Berkenaan

Informasi
    "Selain itu, DBKL menerusi Unit Cerunnya sedang giat memantau lokasi berisiko tinggi…
Informasi
  Menurutnya ia akan melibatkan penilaian kos bagi membaik pulih tanah di tebing Sungai Enggor…
Informasi
  Kenyataan itu juga memberitahu kejadian itu berlaku di kawasan KM167.9, Hutan Simpan Taviu,…