Tebing letak kereta runtuh, dua kereta hampir terjerumus

oleh Penyumbang Rencana|
Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di tempat letak kereta berhampiran apartmen rumah kedai One Selayang, Batu Caves dekat Kuala Lumpur, yang menjejaskan dua kenderaan, pagi Rabu.

Pihak bomba menerima laporan kejadian pada jam 10 pagi, sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang ke lokasi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pemantauan mendapati kejadian tanah runtuh berlaku di tebing sebuah parit berhampiran tempat letak kereta terbabit.

"Runtuhan tanah membabitkan keluasan dianggarkan 20 x 10 kaki persegi dan terdapat dua kenderaan terjejas dalam kejadian itu namun tidak serius.

"Bahagian belakang dua kenderaan itu terjerumus sedikit ke tebing yang runtuh. Kejadian tidak membabitkan struktur bangunan dan mangsa," katanya.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia adalah berikutan berlakunya hakisan tanah serta kegagalan cerun di kawasan tersebut yang…
Informasi
    "Selain itu, DBKL menerusi Unit Cerunnya sedang giat memantau lokasi berisiko tinggi…
Informasi
  Menurutnya ia akan melibatkan penilaian kos bagi membaik pulih tanah di tebing Sungai Enggor…