Jalan alternatif ke Forest City siap dibina dan dibuka untuk kegunaan awam

oleh Penyumbang Rencana|
Jalan alternatif sepanjang 1 kilometer (km) bagi memudahkan pergerakan keluar masuk Forest City di Iskandar Putri, Johor Baharu yang sebelum ini terjejas akibat tanah mendap telah siap dibina.

Pengurusan Forest City dalam satu kenyataan memberitahu, jalan itu juga telah dibuka untuk kegunaan awam bermula pukul 11.40 pagi, pada Selasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Kerja pembinaan telah dijalankan seramai 200 kakitangan dan pelbagai peralatan serta kelengkapan pembinaan bagi memastikan kelancaran pembinaannya.

“Kerja-kerja pembinaan juga dilaksanakan dibawah pemantauan agensi kerajaan antara Jabatan Kerja Raya; Polis Diraja Malaysia; Pejabat Menteri Besar Johor serta Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

“Pada masa sama, sekumpulan pakar daripada agensi kerajaan, pasukan Forest City dan syarikat konsultan profesional masih menjalankan siasatan bagi mencari punca kejadian,” jelas kenyataan tersebut.

Tambahnya, selain itu, pemeriksaan turut dijalankan terhadap aspek keselamatan lokasi sekitar.

Kelmarin, laluan utama ke Forest City, di sini runtuh akibat kejadian tanah mendap melibatkan jalan sepanjang 25 meter.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II, Hairulnizam Mohd. Noh dilaporkan berkata kejadian itu berlaku pada pukul 2 petang. 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
"Penutupan ini untuk memberi laluan kepada kerja meroboh jambatan besi sedia ada dan pembinaan…
Berita Domestik
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri Pegawai Bomba Kanan II…