Jalan Forest City mendap, jalan alternatif dijangka siap 26 Julai ini

oleh Mohamad Hanif|
Sebahagian jambatan di Jalan Forest City-Lebuh Tanjung Pelepas sepanjang 25 meter dekat Iskandar Puteri, runtuh akibat mendapan tanah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri Pegawai Bomba Kanan II Hairulnizam Mohd Noh berkata sebanyak tujuh anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 2 petang.

“Setibanya di lokasi, didapati telah berlaku kejadian tanah mendap yang melibatkan kawasan jalan raya utama sepanjang 25 meter.

“Pasukan keluaran operasi telah membuat pemantauan bagi memastikan keadaan sekitar selamat. Selanjutnya, kawalan lalu lintas diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun menjelaskan kejadian itu tidak melibatkan mangsa.

Sementara itu, laman Kosmo melaporkan pengurusan Forest City akan membina jalan alternatif bagi memudahkan urusan pergerakan keluar masuk di kawasan berkenaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, pembinaan jalan berkenaan dijangka akan mengambil masa selama 24 jam untuk disiapkan.

Sehubungan itu katanya, pihaknya menjangkakan laluan sepanjang 1 km itu boleh mula digunakan pada 26 Julai nanti.

Sumber: Bernama, Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
“Kerja pembinaan telah dijalankan seramai 200 kakitangan dan pelbagai peralatan serta kelengkapan…