Jaguar Land Rover sasar penghasilan 5,000 unit visor muka seminggu untuk petugas baris hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada menghulurkan bantuan dalam bentuk mod pengangkutan yang menggunakan kenderaan media Land Rover Defender, Jaguar Land Rover turut mahu menawarkan kepakaran menghasilkan peralatan perlindungan bagi membantu petugas baris hadapan melawan penularan wabak COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggunakan kepakaran di dalam teknologi pencetakan tiga dimensi dan CAD, Jaguar Land Rover akan meminjamkan fasiliti prototaip tiga dimensi pantas bagi memproduksikan visor pelindung. 

Jaguar Land Rover bekerjasama dengan pasukan NHS untuk menemukan formula yang tepat bagi membolehkan visor yang dihasilkan itu boleh digunakan semula beberapa kali, sekaligus menjimatkan kos penghasilan dan menepati piawaian yang telah ditetapkan. 

 

 


Selain itu, rekaan visor muka Jaguar Land Rover ini turut direka supaya mudah untuk ditanggalkan dan dibersihkan dengan teliti sebelum boleh digunakan kembali.

Menurut Ben Wilson, pengarah rekaan prototaip dan pembuatan aditif berkata, "ini merupakan satu kerja yang sebenar, kami telah menguji penggunaan beberapa jenis bahan dan menambahbaik rekaan sedia ada mengikut input daripada doktor dan jururawat yang bertugas. 

"Hasilnya, sebuah produk yang serba unik dan ternyata sesuai dengan tujuan ia diciptakan," tambah beliau. 

Jaguar Land Rover mensasarkan penghasilkan visor muka sebanyak 5,000 unit setiap minggu untuk kegunaan petugas NHS di seluruh UK.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Jaguar mengesahkan operasi pemasangan Castle Bromwich bagi model yang…
Berita Global
Menurut laporan daripada Autocar, model 'baby Defender' tersebut akan dibina menggunakan platform…
Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…