Isuzu kekal pilihan nombor satu segmen kenderaan komersil Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Isuzu Malaysia mengekalkan kedudukan nombor satu selama lima tahun berturut-turut di dalam segmen kenderaan komersil pilihan rakyat Malaysia. 

Pencapaian ini adalah berdasarkan maklumat jualan keseluruhan bagi tahun 2018 yang baharu sahaja dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA). 

Dengan jumlah jualan keseluruhan sebanyak 6,036 unit merangkumi trak Isuzu daripada pelbagai segmen, Isuzu Malaysia juga mendahului jualan bagi segmen kenderaan komersil dengan perbezaan sebanyak 584 unit berbanding pesaing terdekat. 

Berucap ketika sambutan Tahun Baru, Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia Sdn Bhd Koji Nakamura melahirkan rasa penghargaan beliau kepada rakan perniagaan, serta pihak  pentadbiran dan staff Isuzu Malaysia atas kejayaan ini. 
 


Tambah beliau, pencapaian hebat ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa sokongan penuh dan servis perkhidmatan terbaik yang diberikan oleh para pengedar serta para pekerja Isuzu Malaysia. 

Syabas, dan tahniah Isuzu Malaysia!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Telah Diuji
Salah satu daripada model yang tersedia ialah Isuzu D-Max, dan sejak Isuzu Malaysia memperkenalkan…
Pelancaran
Untuk varian andalan X-Terrain dan Premium, ia kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica…