KIA AUSTRALIA SAHKAN KEMUNCULAN UTE TERBAHARU, KIA TASMAN

oleh Firdaus Razani|
Kia Australia baru-baru ini mengesahkan ketibaan trak ute baharu dari Kia melalui video iklan yang dikeluarkan di Youtube.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL Lance 'Buddy' Franklin, bekas pemain bola sepak John Aloisi, dan bekas juara UFC Alexander Volkanovski.

Setiap daripada atlet itu mempunyai peranan ringkas dalam klip tersebut semasa mereka berdebat tentang nama pikap itu.

 

 

Walaupun Kia belum mengumumkan nama ute itu, ia bagaimanapun dijangka akan dilencanakan sebagai Kia Tasman.

Tahun lalu, Kia telah menandakan nama tersebut dan dalam iklan tersebut, keratan akhbar yang mengumumkan ute baharu merujuknya sebagai 'The Tasman,' merujuk kepada Laut Tasman yang terletak di antara Australia dan New Zealand.

Kia sebelum ini telah memulakan usaha pembangunan trak tersebut sejak awal 2019 dan kini trak tersebut dijangka akan memasuki pasaran Australia tahun depan.

Dengan ketibaan model Kia Tasman itu, ia akan diletakkan sebagai pesaing kepada trak pikap yang hebat dan gah namanya dalam segmen ini iaitu Ford Ranger dan Toyota Hilux.

Buat masa ini masih belum disahkan lagi rangkaian kuasa yang akan digunakan tetapi Kia Australia sebelum ini pernah menyatakan akan ada pilihan diesel.

 

kia

 

Berkemungkinan besar, enjin 2.2 liter CRDi pengecas turbo empat silinder sedia ada syarikat itu sudah tersedia dalam pilihan model Hyundai dan Kia.

Ketua Eksekutif Kia Australia Damien Meredith mengesahkan "Kami kini secara rasmi mengambil Expressions of Interest (EOI) di laman web Kia Australia, untuk pelanggan persendirian dan flit.

“Kami menjemput semua warga Australia yang menggemari ute untuk mendaftar dan menyertai kami dalam perjalanan," tambahnya.

“Sebagai insentif, kumpulan EOI akan dimaklumkan tentang berita dan perkembangan terkini dari sekarang, sehingga pelancarannya di Australia pada 2025.” katanya.

Tambahan itu, Tasman bukan satu-satunya pikap yang dibangunkan oleh Kia, Kia kini sedang mengusahakan pikap kedua yang akan ditawarkan di Amerika Syarikat dan dijual sebagai BEV yang disokong oleh platform E-GMP sedia ada.

 

SUMBER : Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan hab pusat latihan itu berfungsi sebagai ibu pejabat serantau untuk Kia Asia Pasifik,…
Berita Global
Kia Sorento Gravity 2025   Sama seperti Santa Fe, perubahan pada Sorento 2025 tidak melibatkan…
Berita Global
  Rupa depan K8 kini seragam dengan model-model Kia lain dari siri EV sehingga si kecil Picanto…