Isu recall BMW R1200 GS - unit recond juga diterima

oleh HEZERI SAMSURI|
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Pemilik motosikal R1200 GS dan GS Adventure reconditioned (import terpakai) boleh menarik nafas lega kerana BMW Motorrad Malaysia akan menerima unit mereka untuk panggil semula yang diumumkan baru-baru ini.

Menurut BMW Motorrad Malaysia, asalkan GS itu mempunyai logo BMW di atasnya, ia akan diterima untuk proses panggil semula yang melihat komponen fork hadapan ditukar sekiranya perlu. 

Kerana itu semua pemilik unit R1200 GS dan GSA dari November 2013 perlu menghubungi mana-mana pusat servis BMW Motorrad untuk memeriksa fork hadapan kerana ia boleh mengakibatkan kerosakan yang memudaratkan penunggang lasak.

Selalunya, panggil semula tidak akan membabitkan unit-unit import terpakai kerana ia dibawa masuk tanpa memikirkan spesifikasi tempatan dan juga tidak mempunyai waranti rasmi dari pengilang.

Ramai yang masih tidak faham kenapa model recond sering dianaktirikan.

Sebenarnya, model recond ialah unit yang dijual untuk pasaran lain, dan ia dibina mengikut spesifikasi untuk pasaran di sana.

Perubahan cuaca dan jalanraya serta cara penggunaan dan juga undang-undang homologasi diambil kira di dalam membina sesebuah kenderaan untuk setiap pasaran.

Paling penting, model recond dibawak masuk tanpa diketahui oleh syarikat kenderaan dan rekod servis pula sukar untuk didapati.

Kerana itu apabila syarikat automotif seperti BMW Motorrad berkata panggil semula kali ini membabitkan model recond, mereka (pemilik unit recond) perlu bersyukur.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut kertas pertuduhan lelaki itu didakwa memandu kereta BMW 530i dibawah pengaruh alkohol…
Berita Global
  Angka 46 sekali lagi diraikan di mana hanya 46 unit akan dihasilkan di kilang BMW Group Plant…
Berita Domestik
Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara…