Isu kelewatan AirAsia, Menteri tuntut jawapan

oleh Mohamad Hanif|
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi meminta Airasia memberi jawapan secara bertulis selepas menerima banyak aduan mengenai penjadualan semula penerbangan syarikat itu.

Dalam satu ciapan Twitternya hari ini, Alexander berkata dia telah menghubungi pihak Airasia untuk mendapatkan penjelasan daripada perspektif hal ehwal pengguna.

“Antara lain isu yang dibangkitkan semasa perbincangan dengan Airasia ialah kelewatan penerbangan dan penjadualan semula penerbangan melebihi enam jam.

“Kami juga membangkitkan hak pengguna untuk menerima pampasan," katanya.

Tambahnya, meskipun sektor penerbangan dikawal selia oleh Kementerian Pengangkutan, namun dia akan campur tangan dalam perkara berkaitan kepentingan pengguna.

Dia turut menggesa Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia supaya lebih proaktif dalam mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.

Minggu lalu orang ramai mengadu tentang kelewatan dan penjadualan semula penerbangan Airasia di media sosial.

Pada Ahad lalu, Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Madius Tangau dalam ciapan di Twitternya mendakwa penerbangannya pada pukul 8 malam telah ditangguhkan dua kali dan hanya berlepas pada kira-kira pukul 11.30 malam. Dia dijadualkan untuk menyampaikan ceramah di sebuah forum pada petang Isnin.

Tangau menyifatkan kesulitan yang dihadapinya sebagai " gila".

 

Sumber: Malaysiakini

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Merujuk kepada pengumuman di laman Twitter, pihak Rapid KL kini mengaktifkan perkhidmatan tren…
Berita Domestik
Menurut laporan Free Malaysia Today, RapidKL dalam pengumuman di Twitter memaklumkan tren berhenti…
Berita Domestik
Loke berkata, "Saya diberi laporan penuh. Pesawat itu terpaksa melencong ke Langkawi, dan sebaik…