LRT Ampang-Sri Petaling alami kelewatan - Rapid KL

oleh Mohamad Hanif|
Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Ampang-Sri Petaling dilapor mengalami kelewatan disebabkan oleh keretakan tiang utama berhampiran Stesen Bandaraya.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Merujuk kepada pengumuman di laman Twitter, pihak Rapid KL kini mengaktifkan perkhidmatan tren alternatif untuk memastikan keselamatan para pengguna.

1.  Tren dari Ampang dan Putra Heights akan berpatah balik di Stesen Plaza Rakyat (Kekerapan tren 18 minit di Bukan Daerah Pusat Perniagaan, 9 minit di Daerah Pusat Perniagaan)
2. Tren perantara dari Stesen Plaza Rakyat ke Masjid Jamek (Kekerapan tren 6 minit)
3. Tren dari Sentul Timur akan berpatah balik di Stesen Bandaraya (Kekerapan tren 6 minit)

Terdapat perkhidmatan bas perantara percuma yang disediakan untuk membawa penumpang dari beberapa stesen berikut.

1. Stesen Plaza Rakyat ke Stesen Bandaraya,
2. Stesen Bandaraya ke Stesen Plaza Rakyat
3. Stesen Sentul Timur ke Stesen Bandaraya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kejadian yang berlaku sekitar jam 7.50 pm tadi telah mengakibatkan beberapa fasiliti seperti lif,…
Informasi
  “Semenjak 27 Januari 2023, sebanyak lima buah tren digunakan di antara stesen-stesen tersebut…
Berita Domestik
Menurutnya, tindakan itu tidak boleh dibuat sekarang kerana pihaknya mahu memastikan projek baik…