Isu beg udara: 52 juta kenderaan di US mungkin akan dipanggil semula

oleh Mohamad Hanif|
Amerika Syarikat mungkin bakal menyaksikan kempen panggil semula yang terbesar melibatkan 52 juta unit kenderaan yang dihasilkan oleh 12 pengeluar.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Dalam laporan terbaharu daripada Reuters, agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) mengesahkan beg udara yang dihasilkan oleh pembekal ARC Automotive dan Delphi Automotive berisiko untuk pecah dan mengakibatkan serpihan besi melayang ke arah penumpang.

Kesemua unit peledak (inflator) itu digunakan dalam kenderaan yang dihasilkan dari tahun 2000 hingga awal 2018 yang dihasilkan oleh 12 pengeluar termasuklah BMW, Ford, GM, Hyundai, Mercedes-Benz, Stellantis, Tesla, Toyota, dan juga Volkswagen.

Agensi itu percaya kes ini berpunca daripada penghasilan sanga yang boleh menghalang saluran keluar peledak, disebabkan oleh proses kimpalan geseran yang digunakan oleh syarikat tersebut untuk mengikat saluran tekanan atas dan bawah peledak itu tadi.

Sekiranya kepingan sanga itu cukup besar, ia boleh menyebabkan tahap tekanan pada peledak terlampau tinggi dan pecah, sekaligus menyebabkan serpihan logam berterbangan ke arah pemandu/penumpang.

Setakat ini, terdapat tujuh kes kecederaan dilaporkan, dan seorang mangsa terbunuh disebabkan oleh masalah beg udara ini.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Amerika Syarikat dan Kanada, kira-kira 109,806 unit Corolla Cross varian petrol tahun 2022-2023…
Berita Global
Subaru menerusi kerjasama dengan Toyoda Gosei tampil dengan idea unik, di mana mereka telah…
Gaya Hidup
Kasut mampan Asics Gel-Sonoma 15-50 itu merupakan varian rentas desa daripada rangkaian kasut…