Isian petrol percuma kepada penghantar makanan di Kepong, hari ini!

oleh Mohamad Hanif|

sumber gambar: The Malaysian Reserve

Penghantar makanan bermotosikal di sekitar ibu kota boleh mendapatkan pengisian petrol secara percuma di Stesen Minyak Caltex, Batu 8 Jalan Kepong di sini, bermula 12 tengah hari hingga 5 petang, esok.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, ia merupakan usaha pihaknya bagi menghargai kesungguhan penghantar makanan bermotosikal, khususnya di bulan Ramadan ini.

“Semua penghantar makanan termasuk ‘Dahmakan’, ‘Foodpanda’, ‘Grabfood’, ‘Honestbee’ dan lain-lain dijemput ke stesen minyak Caltex di Batu 8 Jalan Kepong pada Ahad ini.

“Kami akan mengisi minyak ke dalam tangki motosikal mereka sehingga penuh.” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - BERNAMA

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Arahan tersebut berkuat kuasa serta-merta dan boleh dikenakan tindakan menutup stesen minyak…
Uncategorized
Petron dengan kerjasama Guardian, pembekal produk kecantikan, penjagaan diri, dan kesihatan…