Tegur warga Singapura isi minyak guna tong, akaun kerja rider Grab digantung

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sebelum ini tular video menunjukkan keberanian seorang rider Grab menegur dua warga Singapura yang cuba mengisi minyak di dalam tong, dimana ianya mengakibatkan akaun Grab miliknya digantung sejak semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi rakaman tular itu, salah seorang lelaki membuka but kenderaan dan mengeluarkan peralatan seperti pengunci stereng sebelum membuat provokasi mahu menyerang rider berkenaan.

Menerusi perkongsian video di akaun Tiktok 'matkibot', penunggang tempatan berusia 44 tahun itu mendakwa akaun Grab miliknya telah digantung sejak jam 6 petang semalam.

Dalam video tersebut dia berkata, “Selepas video ini viral di media sosial, Grab telah suspended (gantung) pada pukul 6 petang hari ini (semalam), saya segera menghubungi perkhidmatan pelanggan Grab. Saya diberitahu akan dihubungi pihak atasan Grab dalam masa 24 jam.

“Selepas 20 minit saya telah dihubungi pihak Grab, saya diberitahu ada orang membuat laporan.

“Melaporkan saya mengeluarkan skru driver (pemutar skru) untuk melawan, CCTV (rakaman televisyen litar tertutup) ada, boleh la check (semak).”

Menurutnya lagi, dia tetap dengan pendirian berani kerana benar selain mendakwa dia tidak bersalah.

Tambahnya lagi, dia tidak dapat mengambil tempahan semalam dan tidak tahu bila ia akan berakhir.

“Saya dapat RM100, kena hantar RM50 untuk isi perut anak bini, begitulah kita di Malaysia, okey tak kalah pun, tak takut pun, akhirnya kita mati juga begitulah nasib rakyat Malaysia,” ujarnya lagi.

Susulan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 8.37 malam, 16 Jun lalu.

Menurutnya pertelingkahan dipercayai berpunca daripada salah faham apabila pekerja penghantar makanan menegur lelaki warga Singapura mengisi minyak ke dalam tong.

Dalam kenyataan beliau berkata, “Hasil siasatan kita mendapati terdapat salah faham, lelaki warga Singapura itu mendakwa mengisi minyak ke dalam tong untuk kegunaan go-kart.

“Semasa kejadian, mereka (lelaki Singapura) belum lagi mengisi minyak sebelum ditegur rider dan berlaku pertelingkahan antara kedua-dua pihak.”

 

Sumber: Kosmo

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat ride-hailing Bolt itu telah menyenaraikan di LinkedIn untuk jawatan…
Berita Domestik
Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penurunan kadar asas daripada RM5 kepada RM4.…
Berita Global
Menurut satu kenyataan, syarikat yang berpangkalan di Berlin itu merancang untuk menjual…