Ini trak Volvo pertama di dunia menggunakan keluli 'hijau'

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, Volvo bekerjasama dengan sebuah lagi syarikat Sweden SSAB untuk membangunkan cara penghasilan keluli bebas bahan api fosil sebagai satu langkah peralihan ke arah penggunaan tenaga yang lebih mesra alam.

Kini penggunaan bahan keluli bebas fosil tersebut diperlihatkan menerusi model trak pembawa muatan yang akan digunakan untuk operasi perlombongan, sekaligus menjadi kenderaan pertama di dunia yang menggunakan bahan tersebut.

Bahan keluli bebas fosil tersebut dihasilkan oleh SSAB di mana proses pembuatan tersebut merangkumi proses pembakaran menggunakan hidrogen bagi menggantikan arang batu dan kok sebagai ejen penurun.

Sementara penggunaan relau arang batu tradisional yang biasa digunakan dalam penghasilan keluli digantikan dengan relau elektrik yang menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui.

Keluli yang terhasil menerusi cara yang disebutkan itu tadi memiliki kekuatan dan karakteristik yang sama seperti keluli pembuatan tradisional, namun kali ini ia tidak melibatkan penggunaan bahan api fosil, sekaligus menjadikannya lebih mesra alam.

SSAB merancang untuk mengeluarkan produk keluli bebas fosil pada skala yang lebih besar pada tahun 2026, sementara Volvo pula mahu mencapai perniagaan neutral iklim menjelang tahun 2050, termasuk keseluruhan rantaian bekalannnya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Syarikat itu juga telah menempah dua lagi unit model GIGA terkini yang akan diserahkan dalam tempoh…
Berita Global
Trak yang kami paparkan kali ini tugasnya agak unik - untuk mencetuskan fenomena gempa bumi!…
Berita Global
Mereka sedang mencipta pelbagai inisiatif bagi memanjangkan lagi jangka hayat sesebuah trak untuk…