Ini motor elektrik buatan Volvo sendiri, ada fungsi one-pedal

oleh Muhammad Md Tajudin|
Motor elektrik Volvo Cars
Motor elektrik Volvo Cars
Kenderaan hari ini sememangnya canggih dengan pelbagai teknologi bantuan pemanduan dan juga nadi elektrifikasi. Teknologi yang digunakan tidak semuanya dibangunkan sendiri dan ada yang dibekalkan pihak ketiga. Ini adalah amalan biasa di dalam industri automotif.

Terbaru Volvo Cars membuat sejumlah pelaburan bagi mereka bentuk dan membangunkan sendiri motor elektrik (e-motor) untuk model masa depan yang juga selari dengan perjalanan Volvo untuk menjadi pengeluar kereta elektrik sepenuhnya.

Hasrat tersebut bukan sahaja di atas kertas malah dibuktikan apabila Volvo baru sahaja membuka makmal baharu motor elektrik di Shanghai, China. 

Pembukaan makmal itu adalah tambahan kepada rangkaian kemudahan global untuk pembangunan dan pengujian komponen kereta elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Motor elektrik Volvo Cars

 

Makmal terbaru itu juga merupakan kesinambungan kepada proses pembangunan motor elektrik yang sedang dijalankan di Gothenburg, Sweden dan makmal bateri canggih di China dan Sweden.

Kenapa motor elektrik begitu penting? Ini kerana motor elektrik merupakan pengganti kepada enjin pembakaran dalaman dan dengan itu boleh difahami kenapa Volvo begitu serius mengenainya.

Secara asasnya ada tiga komponen yang membentuk rangkaian kuasa kereta elektrik iaitu motor, bateri dan perkakasan elektronik. 

Saling kaitan di antara tiga komponen itu sangat kritikal dalam membangunkan kereta elektrik premium.

 

 Motor elektrik Volvo Cars

 

Membangunkan sendiri motor elektrik mempunyai kelebihan tersendiri di mana para jurutera Volvo Cars dapat mengoptimumkannya dan keseluruhan rangkaian pemacu (driveline) untuk model baharu Volvo.

Pendekatan itu juga membolehkan jurutera untuk mempertingkatkan kecekapan tenaga dan prestasi keseluruhan. 

Motor elektrik mempunyai beberapa keunikan seperti pecutan serta merta dan teknologi One Pedal Driving yang canggih di mana pemandu hanya perlu menekan satu pedal untuk memecut dan nyah pecutan. 

Volvo Cars mempunyai wawasan jelas dengan menyasarkan 50 peratus jualan kenderaan elektrik menjelang tahun 2025 dan baki 50 peratus kenderaan hibrid.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Motor elektrik Volvo Cars

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…