Info dalaman dedah kehadiran GR Supra dengan transmisi manual!

oleh Mohamad Hanif|
Desas desus berkenaan penawaran Toyota GR Supra dengan transmisi manual telah pun berlegar sejak dari mula pelancaran model itu sendiri.

Sehingga kini, ia masih lagi tidak kelihatan akan menjadi kenyataan.

Namun, informasi yang terbocor baru-baru ini mendedahkan Toyota sebenarnya sudah pun merancang untuk membawakan transmisi manual untuk GR Supra.

Maklumat terbaharu ini mencadangkan penawaran transmisi manual khusus untuk model berenjin enam silinder sebaris!

Sementara model GR Supra dengan nadi 2.0 liter akan terus ditawarkan dengan kotak gear automatik lapan nisbah kelajuan.

 

ini bukan GR Supra, tapi GR86


Langkah ini mampu menolong Toyota untuk membezakan GR Supra daripada kembarnya BMW Z4 yang ada ditawarkan dengan transmisi manual, namun penawaran itu dikhususkan untuk varian asas sDrive20i sahaja.

Difahamkan, Toyota akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kehadiran GR Supra dengan transmisi manual pada bulan depan, sementara produksi akan bermula di Magna Steyr, Austria pada Julai ini.

GR Supra bertransmisi manual itu dijangka akan mula dijual pada Oktober 2022.

Sumber: Reddit

Berita Berkenaan

Berita Global
Model pacuan roda belakang tersebut dibangunkan menerusi kerjasama dengan BMW, di mana ia banyak…
Pelancaran
Untuk kemaskini tahun 2023, GR Supra kini ditawarkan dengan transmisi manual yang mampu menjadikan…
Berita Domestik
Menerusi akaun rasmi Facebook, Toyota Malaysia telah memuat naik sekeping gambar acah yang…