Indonesia tidak benarkan penerbangan komersial, persendirian sehingga 1 Jun

oleh Mohamad Hanif|
Indonesia mengumumkan larangan terhadap semua penerbangan komersial dan persendirian di dalam negeri dan antarabangsa, berkuat kuasa esok sehingga 1 Jun 2020.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Direktur Jenderal Perhubungan Udara Kementerian Perhubungan (Pengangkutan), Novie Riyanto dalam satu kenyataan berkata ia selaras dengan perintah Presiden Indonesia Joko Widodo yang melarang semua aktiviti bermudik atau balik kampung bagi menyambut Aidilfitri 1441 Hijrah.

Larang bermudik yang mula berkuat kuasa esok itu, kebiasaannya sebelum ini (aktiviti bermudik) melibatkan pergerakan berjuta-juta orang terutamanya dari Kota Jakarta dan kota-kota berhampirannya, ke wilayah-wilayah lain ke seluruh Indonesia, sama ada melalui pengangkutan darat, udara dan laut, bagi menyambut Aidilfitri.

Bagaimanapun Novie berkata berlaku pengecualian larangan itu kepada penerbangan yang membawa pemimpin tertinggi negara itu, atau pemimpin negara luar, selain pesawat yang membawa pulang rakyat Indonesia dari negara luar dan operasi penerbangan yang membawa warga negara asing di Indonesia untuk pulang ke negara mereka.

Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi sebelum ini mengumumkan Indonesia menutup kemasukan pelawat luar dan menghalang rakyatnya keluar negara bagi membendung penularan virus COVID-19, berkuat kuasa 20 Mac lepas sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia ditawarkan dengan tiga pilihan trim dengan julat harga bermula 379,000,000 – 429,000,000 RP(…
Berita Global
Menurut jurucakap agensi mencari dan menyelamat Denpasar, Nyoman Sidakarya, helikopter itu berlepas…
Berita Global
Ketua Lembaga Ibu Kota Nusantara (IKN), Bambang Susantono, memaklumkan bahawa alat ganti kenderaan…