INDONESIA BINA PROVING GROUND BAGI MENINGKATKAN EKSPORT KENDERAAN

oleh Firdaus Razani|
Menteri Pengangkutan Republik Indonesia, Budi Karya Sumadi menyasarkan litar ujian kenderaan (proving ground) di Bekasi, Jawa Barat akan dilancarkan pada September 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan Raya dan Pusat Pensijilan Kenderaan Bermotor Bekasi.

Proving ground merupakan kemudahan ujian jalan yang mengikut piawaian antarabangsa yang ditetapkan dalam Perjanjian PBB berkenaan penerimaan syarat kelulusan seragam dan pengiktirafan kelulusan untuk peralatan serta alat ganti kenderaan bermotor.

Menurut Budi, dengan wujudnya kemudahan proving ground di Bekasi, setiap kenderaan yang telah dijalankan di luar negara boleh dijalankan di Indonesia.

Oleh itu, potensi eksport kenderaan dari Republik Indonesia akan semakin meningkat.

“Ini adalah tempat untuk menjalankan ujian kenderaan bermotor yang sebelum ini kita buat di luar negara, sekarang kita buat di sini supaya lebih mudah untuk industri automotif dan kita boleh buat sendiri,” kata Budi Karya dalam kenyataan rasmi, pada Februari lalu.

Proving Ground Bekasi akan dibina menerusi skim kerjasama kerajaan dan entiti perniagaan dalam menghasilkan ujian kenderaan bermotor yang lebih tepat dan menepati piawaian antarabangsa.

Selain dapat meningkatkan aspek keselamatan kenderaan, Budi Karya berkata, ia turut menyokong komitmen Indonesia untuk mengawal tahap pelepasan karbon dalam kenderaan.

Ia turut mengurangkan kebergantungan kepada pembiayaan daripada belanjawan hasil dan perbelanjaan.

“Pembinaan kemudahan ini dilaksanakan melalui skim kerjsasama tersebut dengan sistem pembayaran yang ada.

“Jadi kita beri peluang kepada sektor swasta iaitu PT IIAPG untuk membina dan kerajaan akan membayar pelaburan yang dibuat sekarang lebih kurang 15 tahun,” kata Budi Karya.

Selain itu, ia juga akan mempunyai sekitar 16 kemudahan ujian yang mengikut piawaian antarabangsa Peraturan PBB yang dirancang untuk negara ASEAN.

Proving ground itu juga digunakan sebagai tapak penyelidikan untuk pembangunan industri automotif.

Ia turut mengiktirafkan dua jenis sijil yang dikeluarkan dalam ujian tersebut iaitu Sijil Ujian Jenis dan Sijil Pendaftaran Ujian Jenis.

Sijil Ujian Jenis merupakan bukti bahawa kenderaan itu telah lulus ujian, manakala Sijil Pendaftaran Ujian Jenis merupakan bukti kenderaan tersebut.

Proses pembinaan projek proving ground tersebut telah bermula pada 2021 untuk peringkat prakelayakan, kemudian pada tahun 2022 proses meminta cadangan, membida dan menandatangani perjanjian dengan entiti perniagaan.

Seterusnya pada 2023 proses penutupan kewangan akan dijalankan dan pembinaan akan dimulakan.

 

SUMBER : Gabungan Industri Kendaraan Bermotor Indonesia (GAIKINDO)

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam kenyataan itu, Chery menekankan komitmennya untuk memastikan keselamatan pelanggannya dan…
Berita Global
Ujarnya yang dikenali sebagai Ummu Hani itu lagi, banyak implikasi buruk berlaku sekiranya jalan…
Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…