INDONESIA BAKAL JADI HAB UTAMA EKSPORT KENDERAAN PENUMPANG DI ASIA TENGGARA?

oleh Firdaus Razani|
Indonesia dikatakan berpotensi untuk menjadi hab eksport bagi industri automotif dalam pasaran serantau Asia Tenggara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Rachmat Kaimuddin berkata demikian pada Sosialisasi Insentif Pelaburan untuk Kenderaan Bermotor Elektrik Berasaskan Bateri (KBLBB) di Jakarta pada 1 Mac lalu.

Menurut beliau, industri automotif di Indonesia sangat menarik, dan bagi pasaran segmen kereta penumpang, Indonesia merupakan paling yang paling terbesar di rantau Asia Tenggara.

Walaupun, beberapa negara jiran serantau mengeluarkan lebih banyak kenderaan untuk dieksport, namun, pasaran terbesar di Indonesia adalah gabungan antara kereta penumpang dan kenderaan komersial.

“Jadi jangan teragak-agak untuk menjadikan Indonesia sebagai hab eksport bagi rantau ini terutama bagi pasaran segmen penumpang,” kata Rachmat.

Berdasarkan dari rekod yang dicatat beliau, sepanjang tahun 2023, sekurang-kurangnya sekitar 571 ribu kenderaan telah dieksport ke 90 negara.

Menurut beliau, Republik Indonesia telah mengeksport sekitar 40 peratus daripada jumlah eksport ke industri automotif.

Ia merupakan pasaran eksport terbesar bagi negara tersebut di rantau Asia Tenggara dengan 54 peratus daripada jumlah eksport tersebut.

Ia kemudian diikuti oleh Timur Tengah pada 18 peratus, Amerika Utara pada enam peratus, Asia Timur pada empat peratus dan Benua Afrika pada satu peratus.

Tambahnya lagi, Indonesia dikatakan berpotensi menjadi hab automotif khusus untuk kereta penumpang di Asia Tenggara oleh kerana 54 peratus daripada jumlah eksport itu adalah kenderaan penumpang tersebut.

Selain itu, beliau menganggap potensi tersebut boleh sertai komitmen Indonesia dalam cabang kenderaan elektrik (EV) dan melindungi alam sekitar.

Menurut beliau, EV juga merupakan kenderaan penumpang, dan tambah beliau, Indonesia mempunyai sumber mineral yang banyak, sesuai digunakan sebagai bahan mentah untuk bateri kereta elektrik.

“Pada masa ini BUMN (Badan Usaha Milik Negara) dan pelbagai tempat turut membina ekosistem bateri.

“Sebagai contoh, anda ingin mewujudkan industri EV di Indonesia, pada masa hadapan akan ada ekosistem bateri yang bersedia untuk menyokong industri ini,” katanya.

 

SUMBER : Gabungan Industri Kendaraan Bermotor Indonesia (GAIKINDO)

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam kenyataan itu, Chery menekankan komitmennya untuk memastikan keselamatan pelanggannya dan…
Berita Global
Ujarnya yang dikenali sebagai Ummu Hani itu lagi, banyak implikasi buruk berlaku sekiranya jalan…
Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…