Indonesia siapkan dana RM474 juta bangunkan EV NCAP tahun hadapan!

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Perhubungan Indonesia (Kementerian Pengangkutan) dijadualkan untuk membina sebuah fasiliti ujian pelanggaran untuk kereta elektrik pada tahun 2020 dengan dana yang dianggarkan bernilai Rp 1.6 trillion (RM474 juta). 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Direktur Jenderal Perhubungan Darat Kemenhub, Budi Setiadi memberitahu, dana yang diperuntukkan itu termasuklah untuk pembinaan fasiliti pengujian kenderaan elektrik berupa laluan bercerun dan juga laluan genangan air. 

Program penilaian kenderaan elektrik baharu (EV NCAP) itu bakal dibangunkan di Balai Pengujian Laik Jalan dan Sertifikasi Kendaraan Bermotor (BPLJSKB) yang terletak di Bekasi, Jawa Barat. 

Kenderaan elektrik yang bakal diuji akan menggunakan regulasi serta pemantauan daripada United Nations Regulation (UNR). 

Langkah terbaharu kerajaan Indonesia ini dikatakan telah menerima respons yang sangat baik daripada Agen Pemegang Merek (APM) di mana ia mensasarkan kenderaan yang diproduksikan di Indonesia untuk pasaran domestik dan juga luar negara. 

Sumber: CNN Indonesia

Berita Berkenaan

Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…
Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…