Indonesia mahu produksi bateri EV bermula 2023

oleh Mohamad Hanif|
Negara jiran kita, Indonesia mensasarkan tahun 2023 sebagai langkah permulaan untuk menghasilkan bateri lithium untuk kenderaan elektrik, di mana terdapat perancangan mendirikan kilang penghasilkan bahan kimia untuk tujuan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Menteri Koordinator hal Ehwal Maritim Indonesia, Luhut Pandjaitan bercakap kepada Reuters memberitahu, beliau mahukan para pelabur untuk menyumbang kepada pembinaan kilang yang bakal memproduksikan bahan kimia bateri daripada bijih nikel. 

"Kami kini dalam perbincangan bersama syarikat China GEM Co Ltd dan Contemporary Amperex Technology Ltd (CATL) untuk mendirikan kilang bateri lithium di sini," ujarnya.

Syarikat yang disebutkan di atas serta rakan perniagaan Tsingshan Holding Group - pakar penghasil keluli tahan karat - akan mendirikan kilang pertama tersebut dengan lokasi Patimban, Jawa Timur sebagai tempat yang berpotensi untuk tujuan tersebut.

GEM menjangkakan produksi percubaan di fasiliti tersebut bermula Ogos 2020 sebelum menjalankan operasi penuh fasa pertama menjelang akhir tahun hadapan. 

Ketika ini, GEM dan rakan kongsinya sedang menantikan kelulusan dari segi undang-undang alam sekitar sebelum meneruskan pelan pembangunan fasiliti berkenaan. 

Kerajaan Indonesia juga akan meneruskan larangan eksport bijih nikel selama dua tahun bermula Januari 2020 supaya negara tersebut dapat memproses lebih banyak pengeluaran perlombongan domestik. 

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…
Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…