Import kereta CBU cc kecil boleh jejas industri automotif tempatan - MITI

oleh Mohamad Hanif|
Industri automotif negara akan terjejas sekiranya kerajaan membenarkan kemasukan kereta diimport sepenuhnya (CBU) dengan enjin berkapasiti kecil.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, langkah tersebut akan mendorong kepada lambakan dalam pasaran, dan menjejaskan matlamat kerajaan membangunkan industri automotif tempatan.

Jelasnya lagi, ini akan turut menjejaskan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 sekiranya syarikat-syarikat Pengilang Peralatan Tulen (OEM) beralih daripada aktiviti pengeluaran kereta tempatan kepada pengimportan CBU.

"Pada masa sama, ia akan menjejaskan perancangan pelaburan jangka masa panjang pengeluaran tempatan oleh syarikat-syarikat OEM dan kedua-dua syarikat pengeluar kereta nasional.
 

delica


"Malah, ini seterusnya akan menjejaskan usaha ke arah pembangunan vendor tempatan, termasuk kehilangan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan pada masa depan," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara, pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Senator Seruandi Saad mengenai kesediaan kerajaan untuk mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan permit import bagi kemasukan kenderaan berkuasa kuda (cc) rendah seperti 660 cc.

Mengulas selanjutnya, Liew berkata, tumpuan hala tuju industri automotif tempatan adalah menggalakkan aktiviti pemasangan tempatan oleh syarikat pengeluar kereta nasional dan syarikat-syarikat OEM tanpa mengira jenama serta kapasiti enjin kenderaan.
 

nbox


"Kapasiti enjin yang kecil tidak semestinya memberi gambaran bahawa sesuatu kenderaan tersebut dijual pada harga rendah kerana import masih tertakluk kepada cukai import, cukai eksais dan cukai jualan," katanya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada mulanya, Tesla mahu memasuki pasaran India dengan menjual unit yang diimport sepenuhnya…
Berita Domestik
Disebabkan itu, harga jualan untuk Mazda CX-30 sedikit mahal jika dibandingkan dengan pesaing-…
Berita Domestik
Menurut Datuk Aishah Ahmad, kenderaan CBU akan mengalami peningkatan harga jualan bermula 1 Jun…