Disebabkan itu, harga jualan untuk Mazda CX-30 sedikit mahal jika dibandingkan dengan pesaing-pesaing di dalam segmen crossover.
Namun laporan terbaharu daripada AmInvestment Bank dan Public Investment Bank yang dipetik oleh rakan media Paultan mendedahkan Bermaz Auto telah mendapat lampu hijau daripada Mazda Jepun untuk memulakan program pemasangan tempatan (CKD) bagi model crossover tersebut tahun ini.
Ini menjadikan Mazda CX-30 model terbaharu yang dipasang di Kulim selepas model CX-5 dan model CX-8.
Program CKD untuk Mazda CX-30 itu dijangka bermula seawal Disember 2021, dan laporan daripada AmInvestment Bank mencadangkan harga jualan bagi model CKD itu adalah RM15 ribu lebih murah jika dibandingkan dengan model CBU yang dijual pada ketika ini.
Mazda CX-30 CBU ditawarkan dalam empat varian utama, tiga daripadanya menggunakan enjin petrol 2.0 liter Skyactiv-G dengan julat harga bermula dari RM143,759 sehingga RM176,059, manakala versi tunggal diesel Skyactiv-D pula dijual pada harga RM172,943.
Kemaskini: Pihak Mazda Malaysia mengesahkan bahawa program CKD untuk Mazda CX-30 akan bermula pada tahun 2022.
Sumber: Paultan