Harga jualan kenderaan CBU naik mulai 1 Jun 2020

oleh Mohamad Hanif|
Sementara kenderaan CKD tidak terkesan dengan pengumuman terbaharu, langkah penstrukturan semula duti eksais yang diwartakan pada 31 Disember 2019 bakal memberikan kesan kepada kenderaan yang diimport sepenuhnya (CBU).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Datuk Aishah Ahmad, kenderaan CBU akan mengalami peningkatan harga jualan bermula 1 Jun 2020 berikutan perubahan pengiraan nilai kenderaan yang akan dilaksanakan. 

Sebelum ini, harga kenderaan CBU ditentukan sekali sahaja sewaktu tiba di Malaysia (menerusi Kos, Insurans dan Penghantaran, CIF), di mana nilai tersebut akan terus digunakan sehinggalah terdapat perubahan pada kod atau deksripsi model dan tidak terkesan dengan perubahan pertukaran matawang.

Namun, bermula 1 Jun 2020, nilai kenderaan akan ditentukan berdasarkan nilai transaksi semasa mengikut kadar pertukaran mata wang asing.

Tambah Datuk Aishah lagi, harga kenderaan CBU boleh berubah setiap minggu di mana duti yang dikenakan oleh kastam juga bergantung kepada nilai semasa. 

Mengikut pengiraan terdahulu, nilai kenderaan import tertakluk kepada CIF, duti import dan duti eksais, di mana duti eksais adalah berkisar antara 60 peratus - 105 peratus, manakala duti import pula bergantung kepada negara asal. 

Melihatkan kepada keadaan semasa, tidak mustahil harga jualan kenderaan yang dibawa masuk dari negara ASEAN akan meningkat sama, apatah lagi pada ketika ini nilai matawang Baht dilihat semakin mengukuh. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata,  pihaknya juga sedang melihat…
Berita Domestik
Berikut merupakan senarai harga jualan untuk SUV elektrik Lotus Eletre:   Eletre S - RM698,000…
Berita Global
Bercakap kepada Reuters, ketua eksekutifnya Jim Rowan memberitahu tiada sebarang keperluan untuk…