Imej rendering BMW S1000RR terbocor - enjin, rupa luaran serba baharu

oleh Mohamad Hanif|
Model superbike keluaran BMW, S1000RR mula diperkenalkan pada tahun 2009 dengan pakej prestasi yang serba mengkagumkan sehingga tidak banyak perubahan yang dibawakan oleh BMW sepanjang hampir sedekad ia menguasai jalanan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersempena dengan ulang tahun yang ke-10 superbike S1000RR itu, BMW kini mendatangkan kemaskini terbaharu dengan beberapa perubahan dari segi rupa bentuk luaran dan enjin baharu. 


Menurut gambar rendering CAD yang tersebar, ia menampilkan set rekaan fairing berlainan dan lebih dramatik berbanding model sedia ada, selain turut mencadangkan penggunaan enjin serba baharu. 

Lampu utama hadapan telah direka supaya bersaiz lebih kecil dan masih mengekalkan ciri bukaan ruang udara berbentuk Y yang terletak di bahagian hadapan ruang antara lampu tersebut. 

Selain daripada itu, bukaan pada bahagian sisi pula menampakkan rangka jenis trellis frame yang digunakan pada motosikal S1000RR 2018 ini. 
 


Desas desus yang tersebar memberikan gambaran BMW bakal meminjamkan beberapa komponen daripada HP4 Supersport serta blok serba baharu yang bakal menampilkan sistem pemasaaan injap boleh laras (VVT) yang mampu meningkatkan prestasi pada S1000RR ini. 

Sistem ekzos serba baharu yang didatangkan dengan canister berkembar digunakan bagi membolehkan BMW S1000RR mencapai tahap pelepasan emisi Euro 5. 
 


BMW dijangka akan mengumumkan pengenalan generasi baharu BMW S1000RR ini pada acara EICMA bermula 6 November sehingga 11 November 2018. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…