Imej Mazda CX-5 2022 tertiris di laman web kerajaan China

oleh Mohamad Hanif|
Dalam beberapa laporan terdahulu, Mazda dilaporkan akan hadir dengan generasi baharu SUV CX-5 menggunakan platform pacuan roda belakang, serta penggunaan enjin enam silinder sebaris seawal tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, berdasarkan imej yang tertiris di laman web kerajaan China, besar kemungkinan generasi baharu CX-5 tidak akan muncul mengikut tempoh masa yang dilaporkan sebelum ini.
 

CX5


Menurut laporan daripada laman web Korea Autospy, imej yang diperoleh daripada laman web Kementerian Teknologi Informasi dan Industri China itu menunjukkan dua unit Mazda CX-5 dengan sedikit perubahan telah dibuat terhadap SUV tersebut.

Seperti contoh, unit lampu hadapan kini menjadi lebih tirus dengan elemen LED berbentuk L berkembar, serta gril dengan rekaan jeriji yang berbeza.
 

CX5


Tiada sebarang perubahan ketara terdapat pada bahagian belakang, kecuali unit pembalik cahaya pada bampar yang lebih kecil, rekaan bampar yang lebih bersih serta unit lampu belakang menjadi semakin mengecil.

Berdasarkan kemaskini yang dibawakan ini, terdapat kemungkinan besar generasi baharu CX-5 (nama akan ditukar kepada CX-50) bakal muncul menjelang tahun 2023 atau 2024.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mazda CX-5 facelift ini telah pun dinampakkan di Malaysia pada November lalu, dan menurut beberapa…
Berita Global
Baru-baru ini, hantaran seorang pengguna Facebook dari Thailand telah menunjukkan salah satu contoh…
Berita Domestik
Tan Min Chun, 32, didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Parit Jalil, Parit Sulong, di sini pada…