Ikut teori, Koenigsegg Jesko Absolut mampu capai 532 km/j!

oleh Mohamad Hanif|
Koenigsegg baharu sahaja memperkenalkan jentera yang bakal menjadi Raja kepada segala supercar dan hypercar Koenigsegg, dengan catatan kelajuan tertinggi 300 batu sejam, atau 490 km/j.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, perkembangan baharu yang dibawakan ini mungkin akan mengejutkan anda. 

Ini kerana menurut Koenigsegg, Jesko Absolut direka untuk mencapai kelajuan tertinggi 532 km/j (330 batu sejam) tanpa sebarang masalah!
 


Dalam satu temubual yang dijalankan oleh Road & Track, pengasas Koenigsegg Christian von Koenigsegg berkata, "jika mengikut teori, kadar pekali seretan, nisbah gear serta lengkok kuasa yang dipaparkan, Jesko Absolut mampu mencapai kelajuan 532 km/j mengikut simulasi. 

Namun, tambah beliau, ia hanya sekadar angka teori ini kerana kelajuan tersebut sememangnya bergantung kepada pemandu itu sendiri, lokasi ujian, serta keupayaan sebenar jentera tersebut. 

Malah, Christian juga turut mengakui sekiranya Koenigsegg diberikan akses kepada lapangan ujian yang mempunyai jarak garis lurus yang secukupnya, beliau yakin jentera Koenigsegg mampu memecahkan rekod kelajuan tertinggi. 
 


Tambah menarik perhatian apabila Koenigsegg tidak pernah meletakkan aspek tayar sebagai batu penghalang kepada usaha mencapai kelajuan tertinggi tersebut. 

Dalam satu ujian kelajuan tertinggi yang dibuat terhadap Agera RS, pihak Michelin sendiri sangat terkejut dengan data yang diterbitkan selepas tayar tersebut digunakan pada kelajuan 330 batu sejam selama satu minit. 

"Ketika kami menguji, pihak Michelin yang kebetulan berada di situ tidak mempercayai apa yang mereka lihat. Nampak betapa 'baiknya' kereta kami ketika menggunakan tayar Michelin," ujar beliau lagi. 
 


Namun, apa yang lebih menakjubkan disebalik penggunaan tayar dan sistem penyejukan ekstensif untuk trenkuasa dan brek adalah kadar pekali seretan serendah 0.278 yang berjaya diperoleh oleh Jesko Absolut. 

Ini merupakan pencapaian kejuruteraan yang sangat baik dan lihat sahaja kepada masa yang diperlukan untuk mengkaji semula (3 ribu jam) dan menguji kembali (5,000 jam) aspek aerodinamik Jesko untuk diaplikasikan pada Jesko Absolut. 

Baca: Koenigsegg Jesko Absolut - Raja segala Koenigsegg

Sumber: Road & Track

Berita Berkenaan

Berita Global
Nama yang tidak asing dalam persaingan kelajuan tertinggi, Koenigsegg dilapor bakal memecahkan…
Berita Global
Walaupun hasrat untuk memperkenalkan model tersebut tidak kesampaian gara-gara Geneva Motor Show…